🇲🇾Silverstone, United Kingdom | 30 Julai 2026 – Aksi cemerlang sepanjang pertengahan musim ini membolehkan pelumba muda negara, Hakim Danish, terus mewarnai Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 bagi musim 2027 selepas sah kekal bersama MSi Racing Team.
Keputusan itu sekali gus membuktikan keyakinan penuh pasukan dari Sepanyol itu terhadap potensi dan perkembangan Hakim Danish sebagai prospek muda terbaik untuk terus berkembang di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP.
Bagi musim depan, Hakim Danish akan memulakan perjalanan baharu apabila akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharu, pelumba dari Argentina, Valentín Perrone.
Pengekalan Hakim Danish membuktikan komitmen jangka panjang MSi Racing Team dalam membangunkan bakat muda bertaraf dunia, selain keyakinan mereka terhadap kemampuan pelumba berusia 19 tahun itu untuk terus mencabar saingan Moto3.
Sejak 2023, ZK Racing telah menjalinkan kerjasama strategik bersama MSi Racing Team menerusi program berprestij FIM JuniorGP sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang untuk membangunkan pelumba muda berbakat dari Malaysia di pentas antarabangsa dan juga pelumba di Kejuaraan Dunia Moto3 iaitu Syarifuddin Azman di Moto3.
Kerjasama itu menyediakan laluan pembangunan yang sistematik kepada pelumba negara untuk berkembang daripada FIM JuniorGP ke Kejuaraan Dunia Moto3, Moto2 dan seterusnya mengembangkan karier ke pentas utama MotoGP.
Sebagai rekod, MSi Racing Team merupakan pasukan yang pernah muncul juara dunia serta mempunyai rekod cemerlang dalam melahirkan bakat muda yang berjaya menempatkan diri dan meraih kejayaan dalam kelas Moto3 serta Moto2.
Kepakaran teknikal, struktur pengurusan yang profesional dan komitmen tinggi terhadap pembangunan pelumba menjadikan pasukan itu antara yang terbaik untuk pembangunan Hakim Danish.
Sepanjang musim 2026, Hakim Danish terus mencipta sejarah apabila meraih podium pertamanya di Grand Prix Itali di Mugello sebelum menghadiahkan kemenangan sulung Malaysia dalam kelas Moto3 selepas penantian sedekad menerusi aksi cemerlang pada Grand Prix Republik Czech di Brno.
🇬🇧Silverstone, United Kingdom | 30 July 2026 – Following an impressive run of performances throughout the first half of the season, Malaysian young rider Hakim Danish will continue competing in the Moto3 World Championship in 2027 after officially confirming his continuation with MSi Racing Team.
The decision reflects the Spanish team’s strong confidence in Hakim Danish’s potential and development as one of the most promising young riders with the ability to progress further on the global MotoGP stage.
For the 2027 season, Hakim Danish will embark on a new chapter alongside a new team-mate, Argentine rider Valentín Perrone.
The decision to retain Hakim Danish further underlines MSi Racing Team’s long-term commitment to developing world-class young talent, while demonstrating their confidence in the 19-year-old’s ability to continue competing at the highest level of the Moto3 World Championship.
Since 2023, ZK Racing has established a strategic partnership with MSi Racing Team through the prestigious FIM JuniorGP programme, as part of its long-term commitment to developing talented Malaysian riders on the international stage, including riders competing in the Moto3 World Championship, such as Syarifuddin Azman.
The partnership provides a structured development pathway for Malaysian riders, enabling them to progress from FIM JuniorGP to the Moto3 and Moto2 World Championships, with the ultimate objective of developing their careers towards the premier MotoGP class.
MSi Racing Team, a former World Championship-winning team, has an established track record of developing young talent who have gone on to secure positions and achieve success in both the Moto3 and Moto2 classes.
Its technical expertise, professional management structure and strong commitment to rider development make MSi Racing Team one of the ideal environments for Hakim Danish to continue his development and pursue further success at world championship level.
Throughout the 2026 season, Hakim Danish has continued to make history, securing his maiden World Championship podium at the Italian Grand Prix in Mugello, before delivering Malaysia’s first Moto3 victory in a decade with a superb performance at the Czech Grand Prix in Brno.

🇲🇾 “Kami sangat teruja dengan barisan pelumba bagi musim 2027. Mengekalkan Hakim Danish, Ángel Piqueras dan Iván Ortolá membuktikan keyakinan kami terhadap bakat mereka serta hasil kerja yang telah dibina bersama.
“Kehadiran Valentín Perrone pula mengukuhkan komitmen kami terhadap pembangunan pelumba muda yang mempunyai masa depan cerah. Kami memasuki musim baharu dengan struktur pasukan yang kukuh dan sasaran untuk terus bersaing merebut keputusan terbaik dalam Moto2 dan Moto3.”
🇬🇧 “We are very excited about the lineup we are presenting for 2027. Retaining Hakim Danish, Ángel Piqueras, and Iván Ortolá demonstrates the confidence we have in their talent and in the work we’re doing together.
Furthermore, the addition of Valentín Perrone reinforces our commitment to young riders with a promising future. We’re heading into the new season with a solid structure and the goal of continuing to fight for the best results in Moto2 and Moto3.”

🇲🇾 “Saya benar-benar gembira dan bersyukur kerana dapat meneruskan bersama MSi Racing Team untuk musim 2027. Kami telah membina hubungan yang sangat baik sepanjang musim ini dan pasukan sentiasa memberikan sokongan kepada saya, sama ada di dalam mahupun di luar litar. Saya tidak sabar untuk terus bekerja keras bersama pasukan dan memburu keputusan yang lebih baik pada musim depan.”
🇬🇧 “I’m really happy and grateful to continue with MT Helmets MSI for the 2027 season. We’ve built a great relationship this year, and the team has supported me so much both on and off the track. I can’t wait to keep working hard together and aim for even better results in 2027.”

🇲🇾 “Akhirnya, kami mengumumkan bahawa Hakim Danish akan terus berlumba bersama pasukan MSi Racing Team dalam kelas Moto3. Saya berpandangan bahawa tiada sebarang keraguan terhadap pasukan ini dan semestinya lanjutan kerjasama Hakim Danish bersama pasukan ini merupakan satu pengiktirafan besar.
Hubungan kami di sini sudah dianggap seperti sebuah keluarga. Pasukan ini mempunyai daya saing yang tinggi, jentera yang digunakan juga kompetitif dan saya percaya Hakim Danish mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus beraksi bersama pasukan ini.
Kami perlu terus melangkah maju untuk musim hadapan. Pada pendapat saya, Hakim Danish masih perlu mempelajari banyak perkara dalam kategori ini sebelum beralih ke peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu, saya amat berbangga dapat bersama-sama dengan MSi Racing Team dan meneruskan kerjasama dengan mereka.
Perjalanan Hakim Danish juga membuktikan bahawa pelumba Malaysia memiliki bakat untuk bersaing di peringkat tertinggi sekiranya diberikan peluang, perancangan pembangunan yang tepat dan sokongan berterusan. Kami berharap berita baik ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelumba muda negara untuk mengejar impian mereka di pentas antarabangsa.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jordi dan Oscar atas segala usaha gigih mereka dalam mengekalkan khidmat Hakim Danish.
Saya berharap agar kita dapat mengharungi musim yang cemerlang pada tahun ini mahupun tahun hadapan.”
🇬🇧 “Finally, we are pleased to announce that Hakim Danish will continue racing with MSi Racing Team in the Moto3 class. I have no doubt about the team’s capabilities, and the continuation of Hakim Danish’s partnership with the team is certainly a significant recognition of the progress he has made.
Our relationship with the team has grown to the point where we consider them part of our family. They are highly competitive, the machinery is competitive, and I believe Hakim Danish is highly motivated to continue racing with the team.
We need to continue moving forward into next season. In my view, Hakim Danish still has a lot to learn in this category before taking the next step to a higher level.
Therefore, I am extremely proud to continue working alongside MSi Racing Team and to strengthen our partnership with them.
Hakim Danish’s journey also demonstrates that Malaysian riders have the talent and potential to compete at the highest level when they are given the right opportunities, a proper development plan and continuous support. We hope this positive news will inspire more young Malaysian riders to pursue their dreams on the international stage.
I would also like to express my highest appreciation to Jordi and Oscar for all their hard work and efforts in securing Hakim Danish’s continued place within the team.
I hope we can enjoy a successful season this year and an even stronger campaign together next year.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD