CABARAN GP PORTUGAL JADI PENGALAMAN BERHARGA BUAT HAKIM DANISH

🇲🇾PORTIMAO, PORTUGAL | 23 NOVEMBER 2026 – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish terlepas peluang untuk mengutip mata kejuaraan selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal di kedudukan ke-16 (P16) dalam perlumbaan yang berlangsung mencabar di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, semalam.
Menurut ZK Racing, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu berdepan kesukaran untuk mencari rentak perlumbaan, terutama dengan keadaan permukaan litar yang bercampur antara basah dan kering.

Memulakan perlumbaan dari petak ke-12, Hakim Danish mengakui keadaan tersebut menjejaskan keyakinannya pada peringkat awal saingan sehingga menyebabkan beliau kehilangan beberapa kedudukan.

Perlumbaan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung sebanyak 19 pusingan itu terpaksa dipendekkan kepada 12 pusingan selepas diisytiharkan sebagai perlumbaan basah (wet race).

Keadaan litar yang tidak menentu menyaksikan Hakim Danish berada di kedudukan ke-18 pada pusingan ke-10. Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya memperbaiki rentaknya pada pusingan terakhir untuk menamatkan perlumbaan di P16, dengan jurang 32.163 saat di belakang pemenang, Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team.

ZK Racing melihat keputusan di Portimao sebagai satu cabaran buat Hakim Danish, namun pengalaman berdepan keadaan perlumbaan yang sukar ini akan menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan beliau dalam musim sulung Kejuaraan Dunia Moto3.

Selepas ini, tumpuan akan beralih kepada perlumbaan terakhir musim 2026 di Litar Ricardo Tormo, Valencia, hujung minggu ini. Hakim Danish dan pasukan akan berusaha melakukan penambahbaikan bagi memastikan kempen musim ini dapat ditutup dengan keputusan yang lebih positif.

 


 

🇬🇧 PORTIMAO, PORTUGAL | 23 NOVEMBER 2026 – Malaysian Moto3 rider Hakim Danish Ramli narrowly missed out on championship points after finishing 16th (P16) in a challenging Portuguese Grand Prix at the Algarve International Circuit in Portimao yesterday.

According to ZK Racing, the AEON Credit-MT Helmets-MSi rider struggled to find his rhythm throughout the race, particularly with the mixed wet and dry track conditions.

Starting from 12th on the grid, Hakim Danish admitted that the unpredictable track conditions affected his confidence during the early stages of the race, causing him to lose several positions.

The race, which was originally scheduled for 19 laps, was shortened to 12 laps after being declared a wet race.

The challenging track conditions saw Hakim Danish drop to 18th position on Lap 10. However, the Terengganu-born rider managed to improve his pace on the final lap to cross the finish line in P16, 32.163 seconds behind race winner Maximo Quiles of the CFMOTO Gaviota Aspar Team.

ZK Racing views the result in Portimao as a challenging experience for Hakim Danish. Nevertheless, the experience gained from competing in difficult race conditions will form an important part of his learning and development during his rookie Moto3 World Championship campaign.

Attention will now turn to the final round of the 2026 season at the Circuit Ricardo Tormo in Valencia this weekend. Hakim Danish and the team will work towards making further improvements, with the aim of ending the season on a more positive note.

 


 

🇲🇾 “Saya menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan ke-16 (P16) dan sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan keputusan ini.

Keadaan litar agak mencabar kerana sebahagiannya basah dan sebahagian lagi kering. Saya agak bergelut pada awal perlumbaan untuk mara ke hadapan dan kurang keyakinan, sehingga kehilangan beberapa kedudukan.

Apa pun, saya jadikan cabaran hari ini sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki tunggangan dan kemahiran dalam situasi mencabar seperti ini, terutama ketika berdepan keadaan litar dengan tahap cengkaman rendah. Saya akan mengambil pengalaman ini sebagai pembelajaran dan kini menantikan pusingan terakhir di Valencia.”

🇬🇧 “I finished today’s race in 16th position (P16), and honestly, I am not satisfied with the result.
The track conditions were quite challenging, with some sections wet and others dry. I struggled during the early stages of the race to make progress and lacked confidence, which resulted in losing several positions.

Nevertheless, I will take today’s challenge as a lesson to continue improving my riding and develop my skills in difficult conditions, particularly when dealing with low-grip situations. I will take this experience as a valuable learning opportunity and now look forward to the final round in Valencia.”

 


 


 


 

🇲🇾 “Perlumbaan hari ini memang sukar dengan keadaan litar yang bercampur basah dan kering, selain jarak perlumbaan dipendekkan kepada 12 pusingan. Keadaan sebegini menuntut ketelitian tinggi, terutama pada pusingan-pusingan awal.

Ini satu lagi proses pembelajaran penting buatnya sebagai pelumba tahun pertama. Secara keseluruhan, ia bukan keputusan yang kami sasarkan pada hujung minggu ini. Kini kami perlu segera melangkah ke hadapan dan memberi fokus penuh kepada pusingan terakhir di Valencia minggu depan dengan harapan dapat menutup musim 2026 dengan keputusan yang lebih baik.”

🇬🇧 “Today’s race was particularly challenging, with mixed wet and dry track conditions, while the race distance was also shortened to 12 laps. Such conditions required a high level of precision, particularly during the opening laps.
“This is another important learning experience for him as a first-year rider. Overall, this was not the result we had targeted for the weekend. We now need to move forward quickly and shift our full focus to the final round in Valencia next week, with the aim of ending the 2026 season on a more positive note.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Latest News
CABARAN GP PORTUGAL JADI PENGALAMAN BERHARGA BUAT HAKIM DANISH
🇲🇾PORTIMAO, PORTUGAL | 23 NOVEMBER 2026 – Pelumba Moto3 negara,…
HAKIM DANISH BERSEDIA HADAPI CABARAN DI PORTIMAO
PORTIMAO, PORTUGAL | 17 NOVEMBER 2026 – Hakim Danish, bersedia…
HAKIM DANISH PUKAU DI QATAR, AKHIRI PERLUMBAAN DI KEDUDUKAN KETUJUH
🇲🇾 LOSIAL, QATAR, 10 NOVEMBER 2026 – Hakim Danish, mempamerkan…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia