🇲🇾 Austin, Texas | 24 Mac 2026 – Hakim Danish mahu meneruskan momentum positif menjelang pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP kelas Moto3 di Litar COTA bertempat di Austin, Texas, hujung minggu ini.
Selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan di Brazil minggu lalu, Hakim Danish bersiap sedia merangkumi aspek fizikal, mental serta teknikal bagi menghadapi cabaran di COTA.
Permata kelahiran Terengganu itu sebelum ini mencuri tumpuan di Brazil apabila berjaya menyambar petak ketiga untuk memulakan saingan dibarisan hadapan ketika sesi kelayakan, sebelum menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik bagi mengutip mata berharga buat kempen musim ini.
Menjelang aksi di Austin, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu kini giat memperkemaskan teknik tunggangan bagi mengharungi karakter unik litar COTA yang memiliki 20 selekoh mencabar sepanjang 5.513 kilometer (km) itu.
Menurut Hakim Danish, pengalaman di Brazil menjadi titik penting dalam meningkatkan keyakinan dirinya untuk tampil lebih kompetitif.
Biarpun mengakui persaingan dalam kelas Moto3 semakin sengit, namun Hakim Danish kekal optimis untuk memperbaiki tunggangan seawal sesi latihan pada Jumaat dan terus bersaing dalam kelompok hadapan.
Dalam masa sama, Hakim Danish turut berharap sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia yang akan menjadi pembakar semangat untuknya mengutip mata berharga di pentas dunia.
🇬🇧 Austin, Texas | 24 Mac 2026 – Hakim Danish is aiming to carry his positive momentum into the third round of the Moto3 World Championship at the Circuit of the Americas (COTA) in Austin, Texas, this weekend.
After delivering an encouraging performance in Brazil last week, Hakim Danish is making comprehensive covering the physical, mental and technical aspects to face the challenge at COTA.
The Terengganu-born talent previously caught attention in Brazil by securing third place in qualifying to start from the front row, before finishing the race within the top ten to collect valuable points for his campaign this season.
Heading into the Austin round, the AEON Credit–MT Helmets–MSi rider is intensifying his efforts to refine his riding technique in order to tackle the distinctive characteristics of the COTA circuit, which features 20 challenging corners across a 5.513-kilometre layout.
According to Hakim Danish, his experience in Brazil marked an important turning point in boosting his confidence to perform more competitively.
Although he acknowledges that competition in the Moto3 class is becoming increasingly intense, Hakim Danish remains optimistic about improving his performance from the very first practice session on Friday and continuing to fight within the leading group.
At the same time, he hopes for continued support from Malaysians, which serves as strong motivation for him to secure more valuable points on the world stage.

🇲🇾 “Ini kali pertama saya berlumba di COTA, jadi ia satu pengalaman baharu dan pastinya mencabar untuk saya. Litar ini sangat teknikal, dengan 20 selekoh dan beberapa bahagian chicane yang memerlukan fokus serta ketepatan tinggi. Jadi saya perlu cepat menyesuaikan diri.
Saya akan cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dari sesi latihan lagi supaya dapat kekalkan rentak dan bersaing dengan lebih baik menjelang sesi kelayakan.”
🇬🇧 “This will be my first time racing at COTA, so it is a new experience and certainly a challenging one for me. The circuit is very technical, with 20 corners and several chicane sections that require a high level of focus and precision. Therefore, I need to adapt quickly.
I will try to get up to speed as soon as possible from the practice sessions so that I can maintain my pace and compete more strongly heading into qualifying.”

🇲🇾 “Litar di Amerika Syarikat ini merupakan satu litar baharu yang perlu dipelajari oleh Hakim Danish. Ia adalah satu cabaran besar buat Danish kerana ini merupakan kali pertama Danish akan berlumba di sini. Litar ini sangat mencabar dan tidak mudah untuk dikuasai, terutamanya di Sektor 1 dan Sektor 2 yang mempunyai selekoh teknikal yang memerlukan kelancaran tunggangan serta momentum yang tinggi.
Bagaimanapun, saya yakin keputusan cemerlang di GP Brazil telah memberikan Danish keyakinan tambahan untuk menghadapi litar COTA. Harapan saya adalah supaya Danish dapat mempelajari selok-belok litar ini dengan pantas dan mengekalkan tahap prestasi yang sama seperti di Brazil.
Pada pendapat saya, dalam kalendar MotoGP tahun ini, inilah litar yang paling sukar untuk diadaptasi bagi pendapat saya. Saya berharap Danish dapat memberikan yang terbaik dan tampil kompetitif bermula dari hari pertama perlumbaan.”
🇬🇧 “The circuit in the United States is a new track that Hakim Danish needs to learn. It presents a significant challenge for him, as this will be his first time racing here. The layout is very demanding and not easy to master, particularly in Sector 1 and Sector 2, which feature technical corners that require smooth riding and strong momentum.
However, I am confident that his strong result at the Brazilian GP has given Danish additional confidence heading into COTA. My hope is that he will be able to learn the characteristics of the circuit quickly and maintain the same level of performance he showed in Brazil.
In my view, looking at this year’s MotoGP calendar, this is the most difficult circuit to adapt to. I hope Danish can give his very best and be competitive from the very first day of the race weekend.”


