🇲🇾 Arlgarve, Portugal | 11 Februari 2026 – Winter Test yang berlangsung di Autódromo Internacional do Algarve semalam tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang berikutan hujan berpanjangan sepanjang sesi. Keadaan litar yang sentiasa basah mengehadkan masa tunggangan serta menyukarkan pasukan untuk melaksanakan pelan ujian secara menyeluruh mengikut perancangan awal.
Hakim Danish yang telah melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal menjelang musim baharu nyata sedikit kecewa kerana tidak berpeluang memaksimumkan sesi ujian tersebut. Namun begitu, beliau bersama pasukan tetap memanfaatkan situasi berkenaan dengan mengumpul data penting dalam keadaan litar basah sebagai sebahagian daripada persediaan teknikal menghadapi musim kompetitif.
Winter Test seterusnya akan berlangsung di Circuito de Jerez pada 17 dan 18 Februari sebelum pasukan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada pusingan pembukaan musim di Chang International Circuit yang dijadualkan berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026, dengan harapan segala persiapan dapat diperkukuhkan dan dimuktamadkan dengan lebih menyeluruh dalam sesi ujian tersebut.
🇬🇧 Algarve, Portugal | 11 February 2026 – The Winter Test held at Autódromo Internacional do Algarve yesterday did not proceed as planned due to continuous rainfall throughout the session. The persistently wet track conditions limited valuable track time and made it difficult for the team to carry out their full testing programme as originally scheduled.
Hakim Danish, who had prepared thoroughly both mentally and physically ahead of the new season, was understandably slightly disappointed at not being able to fully maximise the session. Nevertheless, he and the team made the most of the situation by gathering important data in wet conditions as part of their technical preparations for the upcoming campaign.
The next Winter Test will take place at Circuito de Jerez on 17 and 18 February, before the team shifts its full focus to the season-opening round at Chang International Circuit, scheduled from 27 February to 1 March 2026, with the aim of further strengthening and finalising their preparations during the upcoming test.

🇲🇾 “Saya amat gembira kerana berpeluang menunggang jentera Moto3 bersama pasukan saya semalam. Sesi ujian berlangsung dalam keadaan hujan, jadi tidak banyak yang dapat dilakukan. Namun, saya sempat mencuba beberapa tetapan baharu khusus untuk keadaan litar basah. Secara keseluruhan, saya masih belum dapat mempamerkan kemampuan sebenar saya sepenuhnya. Saya berharap sesi Winter Test di Jerez, Sepanyol pada 14 dan 15 Februari ini akan berlangsung dalam keadaan cuaca yang lebih baik supaya kami dapat memaksimumkan persiapan menjelang pusingan 1 pada hujung bulan ini”
🇬🇧 “I am very happy to have had the opportunity to ride the Moto3 machine with my team yesterday. The session took place in wet conditions, so there was not much we could do. However, I managed to try a few new set-ups specifically for wet weather. Overall, I was not able to demonstrate my full potential, but we still gained some valuable data. I am hoping that the Winter Test in Jerez, Spain on 14 and 15 February will take place in better weather conditions so that we can maximise our preparation ahead of Round 1 in Thailand at the end of this month.”


