🇲🇾BURIRAM, Thailand | 01 Mac 2026 – Pelumba muda berbakat…
ZK Racing Visit Terengganu INC
Pasukan ZK Racing mengadakan kunjungan ke Terengganu Inc hari ini. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, serta barisan kakitangan Terengganu.
Dalam kunjungan ini, turut meraikan pencapaian Hakim Danish dan Qabil Irfan bagi tahun 2025, di samping sokongan berterusan terhadap perjalanan dan kerjaya mereka sepanjang tahun ini. Terengganu Inc, selaku penaja rasmi sejak tahun 2023, terus komited dalam menyokong pembangunan sukan permotoran, khususnya dalam melahirkan dan membangunkan bakat pelumba muda berpotensi.
