🇲🇾 Lombok, Indonesia | 07 Oktober 2026 – Selepas mengharungi hujung minggu yang penuh cabaran di Motegi, Jepun minggu lalu, pelumba muda negara kini mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Pusingan Keempat Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober ini.
Dua pelumba negara, Qayyim Razin Razali dan Muhammad Naqib Rifqi, tiba di Lombok dengan motivasi tinggi untuk kembali bersaing dalam kelompok hadapan serta memburu kutipan mata penting dalam kejuaraan.
Pada minggu ini, pasukan negara terus beraksi tanpa kelibat Qabil Irfan Azlan yang masih berehat susulan kecederaan kaki dan dijangka turun semula beraksi di laman sendiri menjelang perlumbaan Pusingan 5 di Grand Prix Malaysia pada hujung bulan ini.
Litar Mandalika sepanjang 4.3 kilometer (km) yang memiliki 17 selekoh enam selekoh kiri dan 11 selekoh kanan menuntut ketahanan fizikal serta penyesuaian jentera yang pantas, terutamanya di sektor teknikal dan zon brek berkelajuan tinggi.
Bagi Qayyim, pusingan kali ini menjadi peluang terbaik untuk bangkit selepas melalui hujung minggu yang mengecewakan di Motegi apabila kemalangan pada sesi kelayakan dan masalah teknikal dalam Perlumbaan 2 menjejaskan peluangnya untuk mencatat keputusan positif.
Pemenang berganda pada pusingan di Sepang itu kini mahu kembali memberikan aksi terbaik dengan menjadikan persiapan fizikal sebagai antara fokus utama bagi menghadapi cuaca panas serta karakter litar Mandalika yang mencabar.
Sementara itu, Muhammad Naqib Rifqi hadir dengan keyakinan lebih tinggi selepas berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di Motegi di tempat kesembilan (P9) dan membawa pulang tujuh mata buat Malaysia. Keputusan tersebut menjadi pembakar semangat buat Naqib untuk meneruskan momentum positif di Mandalika, dengan sasaran untuk meningkatkan prestasi dan memburu podium pertamanya dalam saingan Moto4 Asia Cup.
ZK Racing percaya pengalaman yang diperoleh kedua-dua pelumba di Motegi dapat menjadi bekalan penting untuk menghadapi pusingan kali ini. Fokus pasukan adalah memastikan Qayyim dan Naqib dapat membina rentak seawal sesi latihan, mendapatkan tetapan jentera terbaik serta kekal konsisten sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Dengan saingan yang semakin sengit, kedua-dua pelumba negara kini bersedia untuk memberikan yang terbaik di Mandalika dan membawa pulang keputusan positif buat pasukan serta Malaysia.
🇬🇧 Lombok, Indonesia | 07 October 2026 – After enduring a challenging weekend at Motegi, Japan last week, Malaysia’s young riders have now shifted their full focus to Round 4 of the Idemitsu Moto4 Asia Cup at the Pertamina Mandalika International Circuit, taking place from 9 to 11 October.
The two Malaysian riders, Qayyim Razin Razali and Muhammad Naqib Rifqi, arrive in Lombok highly motivated to return to the leading group and fight for valuable championship points.
The Malaysian team will once again be without Qabil Irfan Azlan, who continues to recover from his leg injury and is expected to return to action on home soil for Round 5 at the Malaysian Grand Prix later this month.
The 4.3-kilometre Mandalika circuit features 17 corners, comprising six left-handers and 11 right-handers. Its combination of technical sections and high-speed braking zones will demand strong physical endurance as well as quick adaptation to the bike’s setup.
For Qayyim, this weekend presents an opportunity to bounce back after a disappointing weekend at Motegi, where a crash during qualifying and a technical issue in Race 2 affected his chances of securing a positive result.
The double race winner from the Sepang opening round is determined to return to his best form, with physical preparation remaining one of his key priorities as he prepares to tackle the hot conditions and challenging characteristics of the Mandalika circuit.
Meanwhile, Muhammad Naqib Rifqi arrives with increased confidence after finishing Race 2 at Motegi in ninth place (P9) and bringing home seven valuable points for Malaysia.
The result has provided Naqib with further motivation to carry his positive momentum into Mandalika, where he will look to build on his performance and target his maiden Moto4 Asia Cup podium.
ZK Racing believes the experience gained by both riders at Motegi will prove valuable heading into this weekend’s round. The team’s focus is to ensure Qayyim and Naqib build their rhythm from the opening practice session, find the optimal bike setup and maintain consistency throughout the race weekend.
With the competition continuing to intensify, both Malaysian riders are ready to give their best in Mandalika and bring home a positive result for the team and Malaysia.

🇲🇾 “Perasaan saya sangat gembira dan teruja menjelang pusingan Mandalika bagi saingan Moto4 Asia Cup ini. Keputusan saya di Jepun sebelum ini agak kurang memuaskan, jadi saya perlu bangkit pada pusingan di Mandalika ini.
Saya perlu kekal fokus, kekal bersemangat, dan akan cuba memberikan aksi terbaik. Dari segi persiapan, saya terus mengekalkan tahap kecergasan secara konsisten termasuk menjalani latihan larian setiap hari menjelang pusingan di Mandalika nanti.”
🇬🇧 “I’m very happy and excited heading into the Mandalika round of the Moto4 Asia Cup. My result in Japan was not what I had hoped for, so I need to bounce back at this round in Mandalika.
I need to stay focused, keep my motivation high and give my best performance. In terms of preparation, I have been maintaining my fitness consistently, including running every day as I prepare for the Mandalika round.”

🇲🇾”Menjelang saingan Moto4 Asia Cup di Mandalika hujung minggu ini, saya berasa sangat teruja dan bersedia sepenuhnya.
Pada perlumbaan di Jepun minggu lalu, saya berjaya mempelajari cara mengawal engine brake dengan baik dan ia terbukti amat berkesan apabila saya mampu bersaing dalam kelompok hadapan.
Untuk pusingan minggu ini, fokus saya adalah cuba menyesuaikan diri serta memahami karakter litar dengan jentera ini secepat mungkin. Saya berharap dapat mempamerkan aksi terbaik dan menyasarkan kedudukan podium di Mandalika.”
🇬🇧 “Heading into this weekend’s Moto4 Asia Cup round in Mandalika, I’m feeling very excited and fully prepared.
During last week’s race in Japan, I learned how to manage the engine braking more effectively, and it proved to be very useful as I was able to compete strongly within the leading group.
For this weekend’s round, my focus is to adapt to and understand the characteristics of the circuit with this bike as quickly as possible. I hope to deliver my best performance and aim for a podium finish in Mandalika.”

🇲🇾 “Pusingan di Motegi telah memberi banyak pengajaran berguna kepada pelumba kita mengenai aspek ketahanan mental dan keupayaan mengatasi tekanan. Di Mandalika, keutamaan kami adalah memastikan kedua-dua pelumba pantas mencari rentak sejak sesi latihan pertama lagi.
“Perlumbaan Moto4 sentiasa sengit dan kita harap dua pelumba negara mengutip sebanyak mungkin pengalaman terutama menempatkan diri dalam barisan kelompok hadapan. Kami percaya jika pelumba kekal berdisiplin dan fokus terhadap perlumbaan, peluang untuk kita mencabar kelompok podium amat cerah.”
🇬🇧 “The round in Motegi provided our riders with many valuable lessons, particularly in terms of mental resilience and their ability to cope with pressure. In Mandalika, our priority is to ensure that both riders find their rhythm quickly from the very first practice session.
Moto4 racing is always highly competitive, and we hope our two Malaysian riders can gain as much experience as possible, particularly by placing themselves among the leading group. We believe that if the riders remain disciplined and focused throughout the race, we have a strong opportunity to challenge for the podium.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD