🇲🇾 Sepang, Malaysia | 14 Februari 2026 – Qabil Irfan sah menyertai pasukan MLav Junior Team bagi menghadapi saingan Moto4 European Cup musim 2026 selepas melalui beberapa siri perbincangan bersama beberapa pasukan lain bagi memastikan Qabil terus berada dalam pasukan yang kompetitif dan berpotensi merebut kejuaraan.
Terdahulu, Qabil yang muncul sebagai Juara Keseluruhan Espana Superbike Championship (ESBK) 2025 dalam kategori ESBK Talent telah mencipta kejutan apabila menjadi pelumba Asia pertama yang mendominasi kejuaraan tersebut. Sepanjang musim 2025, Qabil mencatat 6 kemenangan dan 5 penamat podium, sekali gus membuktikan prestasi yang konsisten dan luar biasa di pentas Eropah.
Dengan rekod cemerlang tersebut, Qabil menerima pelbagai tawaran daripada beberapa pasukan ternama. Namun begitu, pihak pengurusan SIC Racing perlu membuat penilaian yang teliti bagi memastikan pilihan yang dibuat mampu mengekalkan daya saing Qabil di peringkat tertinggi.
Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, beberapa perbincangan telah diadakan bersama pasukan Frando VHC (pasukan Qabil pada musim 2025) serta pasukan juara kategori JuniorGP 2025, 72 Artbox Racing, bagi menilai pakej dan perancangan yang ditawarkan.
Pada awalnya, keputusan telah dimuktamadkan untuk menyertai 72 Artbox Racing ketika ValenciaGP 2025. Namun, pada awal Januari 2026, pasukan tersebut telah dibubarkan berikutan isu dalaman, sekali gus memaksa pihak pengurusan membuat perancangan semula dalam tempoh yang singkat.
Dengan masa yang semakin suntuk dan kekosongan tempat yang terhad, Zulfahmi sekali lagi mengadakan perbincangan bersama beberapa pasukan lain bagi memastikan Qabil kekal beraksi di kejuaraan Eropah musim 2026. Hasil usaha tersebut, Qabil berjaya ditempatkan bersama MLav Junior Team, sebuah pasukan dimiliki oleh bekas pelumba MotoGP, Michael Laverty.
Hubungan baik antara Zulfahmi dan Michael Laverty, selain perkongsian visi serta misi dalam pembangunan bakat pelumba muda, menjadi antara faktor utama kerjasama ini dimeterai. MLav Racing terkenal sebagai pasukan yang aktif dalam pembangunan pelumba-pelumba muda British, dan penyertaan Qabil dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperluaskan pengalaman beliau dalam persekitaran pasukan yang berteraskan pembangunan bakat, selari dengan aspirasi SIC Racing.
🇬🇧 Sepang, Malaysia | 05 Oktober 2025 – Qabil Irfan has officially secured a seat with MLav Junior Team for the 2026 Moto4 European Cup season, following a series of discussions with several teams to ensure he remains in a competitive package capable of challenging for the championship.
Earlier, Qabil made headlines after being crowned Overall Champion of the 2025 Espana Superbike Championship (ESBK) in the ESBK Talent category. The young Malaysian created history as one of the few Asian riders to dominate the championship, recording six victories and four additional podium finishes throughout the season, a clear reflection of his consistency and competitive edge in Europe.
With such an impressive record, multiple offers were presented to Qabil. However, SIC Racing management carefully evaluated each opportunity to ensure the best possible platform for him to remain competitive at the highest level.
According to SIC Racing Team Manager, Zulfahmi Khairuddin, discussions were held with Frando VHC, Qabil’s 2025 team, as well as 72 Artbox Racing, the JuniorGP category champions 2025, to assess the technical packages and long-term development plans on offer.
An agreement had initially been finalised with 72 Artbox Racing during the Valencia Grand Prix weekend. However, in early January 2026, the team was unexpectedly dissolved due to internal issues, forcing management to reassess their plans within a limited timeframe.
With seats becoming increasingly scarce, Zulfahmi once again approached several teams to secure Qabil’s continuation in European competition for 2026. The efforts resulted in a successful placement with MLav Junior Team, owned by former MotoGP rider Michael Laverty.
The strong relationship between Zulfahmi and Michael Laverty, along with their shared vision in developing young racing talent, played a key role in finalising the collaboration. MLav Racing is widely recognised for its structured rider development programme in Britain, and Qabil’s inclusion within the team marks a positive step forward in gaining further experience within a professional European environment, aligned with SIC Racing’s long-term development philosophy.

🇲🇾 “Saya sangat gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk berlumba dalam Moto4 European Cup. Ini satu peluang yang besar untuk saya dan memang antara sasaran saya untuk terus berlumba di Eropah.
Terima kasih kepada SIC Racing, terutamanya Zulfahmi Khairuddin kerana sentiasa percaya dengan kemampuan saya dan terus menyokong perjalanan karier saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada MLav kerana membuka pintu dan memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Sebenarnya saya sudah tahu bahawa saya akan berlumba dalam Moto4 musim ini, cuma pada waktu itu saya belum pasti bersama pasukan mana. Namun saya yakin dan percaya Zulfahmi akan carikan pasukan yang terbaik untuk saya, seperti yang beliau lakukan untuk semua pelumba di bawah SIC Racing.
Sekarang semuanya sudah disahkan, jadi fokus saya adalah untuk berlatih bersungguh-sungguh, terus belajar dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.”
🇬🇧 “I’m really happy and excited to be racing in the Moto4 European Cup. It’s a big opportunity for me and something I’ve been looking forward to.
Thank you to SIC Racing, especially Zulfahmi Khairuddin, for believing in me and trusting my ability. I also want to thank MLav for giving me this chance and welcoming me into the team. I already knew I would be racing in Moto4 this season, but I didn’t know which team I would join. Still, I trusted that Zulfahmi would find the best team for me, just like he always does for the riders under SIC Racing.
Now everything is confirmed, I just want to focus on training hard, learning as much as I can, and giving my best in every race.”

🇲🇾“Sejujurnya, proses kali ini sangat mencabar dan agak menguji mental saya sebagai pengurus pasukan. Walaupun Qabil hadir sebagai Juara ESBK, ia bukan tiket automatik untuk mendapatkan tempat dalam pasukan terbaik di Eropah. Kami masih perlu meyakinkan mereka tentang potensi jangka panjang, komitmen dan perancangan kami. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa kos penting yang perlu kami tanggung demi memastikan Qabil mendapat pakej yang benar-benar kompetitif.
Kami tidak mahu sekadar mendapatkan tempat di grid. Sasaran kami adalah untuk berada dalam pasukan yang mampu bersaing di kelompok hadapan. Sebab itu setiap tawaran diteliti satu per satu daripada penyediaan enjin, jumlah ujian persendirian, program latihan pelumba, sehinggalah kepada kualiti jurulatih dan jurutera yang akan bekerja rapat dengan Qabil. Semua aspek ini sangat penting untuk memastikan kesinambungan prestasinya.
Tekanan memang terasa kerana masa semakin suntuk dan banyak pasukan telah menutup pintu selepas melengkapkan senarai pelumba mereka. Ada ketika saya sendiri rasa situasi ini sangat sukar.
Namun pada saat-saat akhir, kami berjaya memeterai perjanjian bersama MLav. Saya percaya ini bukan sekadar satu tempat perlumbaan, tetapi satu platform pembangunan yang tepat. Dengan rekod cemerlang mereka pada musim 2025, saya yakin Qabil berada dalam persekitaran yang sesuai untuk terus berkembang dan membuktikan dirinya di pentas Eropah.”
🇬🇧 “Honestly, this negotiation period was mentally challenging. Even though Qabil came in as the ESBK Champion, it was not an automatic ticket into a top European team. We still had to prove his long-term potential, our commitment, and the seriousness of our programme. At the same time, there were significant costs involved to secure a truly competitive package.
We were not looking just to be on the grid, our objective is to fight at the front. That is why every proposal had to be carefully evaluated. We looked into the season machine allocation, the team’s private testing schedule, the rider development and training programme, as well as the quality of the engineers and technical staff who would be working closely with Qabil. Every detail matters at this level.
Time was running out, and many teams had already finalised their rider line ups. There were moments when the pressure was very real.
But in the final stages, we managed to secure a deal with MLav. I believe this is more than just a seat, it is the right development platform. Based on their strong 2025 record and structured approach, I am confident Qabil is in the right environment to continue progressing and proving himself in Europe.”

