🇲🇾 Sepang, Malaysia | 10 Februari 2026 – Sesi Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup yang berlangsung di PETRONAS Sepang International Circuit dari 8 hingga 10 Februari 2026 memberikan impak yang amat positif kepada ketiga-tiga pelumba negara.
Qabil Irfan mempamerkan aksi yang konsisten dan penuh kesungguhan sepanjang sesi ujian, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruhan. Qayyim Razin pula menunjukkan peningkatan yang konsisten dari satu sesi ke sesi yang lain dan menamatkan ujian di tempat ke-11 keseluruhan. Sementara itu, Naqib Rifqi mempamerkan rentak yang stabil sepanjang dua hari ujian dan menamatkan sesi di kedudukan keenam keseluruhan.
Walaupun keputusan yang diraih amat memberangsangkan, masih terdapat beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan menjelang pusingan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2026 di Buriram, Thailand. Pasukan SIC Racing akan terus meneliti setiap kelemahan yang dikenal pasti bagi memastikan prestasi pelumba berada pada tahap terbaik apabila musim perlumbaan bermula.
🇬🇧 Sepang, Malaysia | 05 Oktober 2025 – The Moto4 Asia Cup Official Test, held at PETRONAS Sepang International Circuit from 8 to 10 February 2026, delivered a very positive outcome for all three national riders.
Qabil Irfan demonstrated consistent performance and strong determination throughout the test sessions, finishing second overall. Qayyim Razin showed steady improvement from one session to another and concluded the test in 11th place overall. Meanwhile, Naqib Rifqi maintained a stable pace across the two days of testing, securing sixth place overall.
Although the results are highly encouraging, there are still several areas to refine ahead of the opening round, scheduled to take place on 27 and 28 February 2026 in Buriram, Thailand. The SIC Racing team will continue to assess the identified weaknesses to ensure the riders are fully prepared and performing at their best when the racing season begins.

🇲🇾 “Sepanjang dua hari ini, saya banyak belajar terutamanya dari segi konsistensi bagi setiap lap. InsyaAllah, jika dipermudahkan segala urusan, saya akan cuba lakukan yang terbaik menjelang Round 1 Moto4 Asia Cup hujung bulan ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki, terutamanya dalam keadaan cuaca yang agak panas hari ini, dan saya perlu lebih bijak mengurus penggunaan tayar pada waktu yang tepat.”
🇬🇧 “Over the past two days, I have learned a great deal, particularly in terms of maintaining consistency on every lap. InsyaAllah, if everything goes smoothly, I will give my very best ahead of Round 1 of the Moto4 Asia Cup at the end of this month. There are still many areas I need to improve, especially in the hot conditions today, and I must be smarter in managing tyre usage at the right time.”

🇲🇾 “Sepanjang dua hari Official Test ini, saya telah melakukan banyak improvement dan belajar banyak perkara baharu. Saya bersaing dengan rakan-rakan yang sangat laju termasuk senior tahun lepas, dan mereka memberi cabaran sengit kepada saya. Daripada situ, saya dapat tingkatkan prestasi serta memperbaiki kelemahan saya.
Cabarannya memang besar kerana semua pelumba kompetitif dan laju. Ia juga mencabar dari segi mental untuk mencatat masa yang baik serta berdepan pertarungan yang agak ekstrem di litar.
Untuk Pusingan 1 di Thailand, saya ada keyakinan untuk berada dalam kelompok hadapan kerana keputusan ujian kali ini agak positif. Namun, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. InsyaAllah, saya akan terus bekerja keras dari segi latihan dan kecergasan untuk turunkan masa. Saya akan buat yang terbaik untuk semua yang menyokong saya.”
🇬🇧 “Throughout the two days of the Official Test, I made significant improvements and learned a great deal. I was competing with very fast riders, including last year’s seniors, and they provided strong competition. From that, I was able to raise my performance and identify areas where I need to improve.
The challenge was intense as everyone was highly competitive and quick. It was also mentally demanding to push for better lap times and handle close, aggressive battles on track.
For Round 1 in Thailand, I am confident about fighting in the front group as the test results were quite positive. However, there is still a lot to improve. InsyaAllah, I will continue working hard on my training and fitness to lower my lap times. I will do my very best for everyone who supports me.”

🇲🇾 “Saya amat berterima kasih kepada kru Moto4 Asia serta rakan-rakan pelumba lain yang banyak membantu sepanjang sesi ini. Dua hari ujian berlangsung dalam keadaan cuaca yang sangat panas, yang sedikit mencabar mental dan tahap kecergasan saya. Secara keseluruhan untuk ujian rasmi ini, masih banyak yang perlu saya tingkatkan dari segi mental, kecergasan dan juga corak tunggangan saya.”
🇬🇧 “I am truly grateful to the Moto4 Asia crew and the fellow riders who have been very supportive throughout this session. The two days of testing took place in very hot conditions, which were quite challenging for my mental strength and fitness. Overall, there are still many areas I need to improve from this official test, particularly in terms of my mentality, physical fitness, and riding performance.”


🇲🇾 “Official Test Moto4 Asia Cup berjalan dengan lancar. Ketiga-tiga pelumba menunjukkan prestasi yang kompetitif, terutamanya Qabil Irfan yang mencatat masa terpantas hampir setiap sesi kecuali sesi terakhir akibat terjatuh. Saya yakin masih ada beberapa perkara yang boleh kita perbaiki, khususnya bagi Qabil dan Qayyim dalam pasukan SIC Racing. Secara jujurnya, saya menantikan perlumbaan Round 1 di Thailand dan berharap semua pelumba mampu bersaing dalam kelompok hadapan serta membawa pulang podium bagi musim 2026.”
🇬🇧 “The Moto4 Asia Cup Official Test went smoothly. All three riders looked competitive, especially Qabil Irfan, who set the fastest time in almost every session except the final one after a crash. I am confident that there are still several areas we can improve, particularly for Qabil and Qayyim within the SIC Racing team. Honestly, I am looking forward to Round 1 in Thailand and hope that all our riders can compete in the leading group and bring home podium finishes for the 2026 season.”

