
🇲🇾 Sepang, Malaysia | 03 November 2026 – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, menghadiahkan aksi membanggakan kepada penyokong tanah air apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di tempat keempat di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC).
Keputusan itu menjadi kebangkitan positif buat pelumba kelahiran Terengganu tersebut selepas melalui dua pusingan mencabar di GP Indonesia dan GP Australia. Hakim Danish mempamerkan prestasi konsisten sepanjang minggu perlumbaan, bermula dengan catatan kelima terpantas dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1) menerusi masa 2:11.834 sebelum meraih petak ketiga dalam sesi Kelayakan 2 (Q2) dengan catatan 2:10.529.
Kejayaan memulakan perlumbaan dari barisan hadapan itu turut menjadi pencapaian bermakna buat Malaysia selepas 14 tahun, mengulangi kejayaan mentornya, Zulfahmi Khairuddin pada 2012.
Dalam perlumbaan Ahad, Hakim Danish memberikan saingan sengit dalam perebutan podium bersama Veda Pratama (Honda Team Asia) dan Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo), malah pernah berada di kedudukan kedua. Bagaimanapun, percubaan terakhirnya untuk merebut podium di selekoh terakhir tidak membuahkan hasil selepas sedikit tersasar.
Beliau menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan 33:12.044, hanya 0.226 saat di belakang Carpe. Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) pula muncul juara.
Keputusan itu memberikan 13 mata tambahan kepada Hakim Danish, menjadikan kutipan keseluruhan musim ini sebanyak 116 mata dan meletakkannya di tangga kesembilan Kejuaraan Dunia Moto3.
Dalam carta kejuaraan, Quiles terus mendahului dengan 376 mata, diikuti David Almansa (228 mata), manakala Brian Uriarte dan Carpe berkongsi 205 mata. Pratama pula berada di tangga ketujuh dengan 131 mata.
Hakim Danish kini akan memberikan tumpuan kepada baki tiga pusingan musim ini, bermula dengan GP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail pada hujung minggu depan.
ZK Racing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AEON Credit, semua rakan penaja dan kerjasama pasukan serta seluruh penyokong tanah air yang hadir memberikan sokongan padu kepada Hakim Danish sepanjang minggu perlumbaan. Sokongan anda amat bermakna buat pasukan dan pelumba kami.
🇬🇧 Sepang, Malaysia | 03 November 2026 – Malaysian Moto3 rider Hakim Danish Ramli delivered an impressive performance in front of his home crowd, securing a fourth-place finish at the Malaysian Motorcycle Grand Prix held at the PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).
The result marked a positive comeback for the Terengganu-born rider following two challenging rounds in Indonesia and Australia. Hakim Danish demonstrated consistent pace throughout the race weekend, beginning with the fifth-fastest time in Free Practice 1 (FP1) at 2:11.834 before securing an impressive third place in Qualifying 2 (Q2) with a time of 2:10.529.
His front-row start marked a significant achievement for Malaysian motorsport, becoming the first Malaysian rider in 14 years to achieve the feat since his mentor, Zulfahmi Khairuddin, accomplished it in 2012.
During Sunday’s race, Hakim Danish put up a strong fight for a podium position against Indonesia’s Veda Pratama (Honda Team Asia) and Spain’s Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo), even moving up to second place at one stage. However, his final attempt to challenge for the podium at the last corner proved unsuccessful after running slightly wide.
He eventually crossed the finish line in fourth place with a time of 33:12.044, just 0.226 seconds behind Carpe. Meanwhile, Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) claimed victory.
The result earned Hakim Danish 13 valuable championship points, bringing his season tally to 116 points and placing him ninth in the Moto3 World Championship standings.
In the overall championship standings, Quiles continues to lead with 376 points, followed by David Almansa with 228 points. Brian Uriarte and Carpe are tied on 205 points, while Pratama sits seventh with 131 points.
Hakim Danish will now turn his attention to the remaining three rounds of the season, beginning with the Qatar Grand Prix at Lusail International Circuit next weekend.
ZK Racing would like to express its sincere appreciation to AEON Credit, all team sponsors and partners, as well as the Malaysian fans who came out in full force to support Hakim Danish throughout the race weekend. Your continued support means a great deal to the team and our rider.

🇲🇾 “Saya sangat gembira kerana sudah memberikan segala-galanya dalam perlumbaan hari ini. Saya bersaing sejak awal hingga tamat perlumbaan dan sudah tentu saya mahu meraih podium. Namun, saya terlepas peluang itu dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat.
Saya cuba sedaya upaya untuk merebut podium, tetapi ketika di selekoh terakhir, saya cuba mencari ruang untuk memintas Alvaro Carpe sebelum sedikit terbabas. Apa pun, saya sudah memberikan yang terbaik buat semua penonton, keluarga dan pasukan.
Mengenai sentuhan dengan pelumba lain, saya rasa insiden itu langsung tidak menjejaskan prestasi saya. Saya juga berpendapat persaingan dengan pelumba lain menjadikan perlumbaan lebih menarik untuk disaksikan oleh semua yang hadir di Sepang.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, terutama ZK Racing, AEON Credit, pasukan saya, KBS, SIC dan penaja-penaja yang lain. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang hadir menyaksikan perlumbaan saya hari ini, selain keluarga, pasukan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan.
Mengenai rekod podium Zulfahmi di Sepang, saya rasa beliau tidak terlalu kecewa. Mungkin beliau juga gembira dengan persembahan saya. Saya memang cuba menamatkan perlumbaan di podium hari ini, tetapi mungkin belum ada rezeki. Insya-Allah, saya akan mencuba sekali lagi tahun depan.
Ya, masih ada tiga perlumbaan berbaki musim ini. Saya percaya tidak mustahil untuk menaiki podium atau meraih kemenangan sekali lagi. Saya akan terus berjuang mencapai sasaran itu dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.”
🇬🇧 “I am very happy because I gave everything I had in today’s race. I was fighting from the beginning right until the chequered flag, and of course, my goal was to secure a podium finish. Unfortunately, I missed that opportunity and had to settle for fourth place.
I did everything I could to fight for the podium. However, at the final corner, I tried to find an opportunity to overtake Alvaro Carpe but ran slightly wide. Nevertheless, I gave my very best for all the spectators, my family and the team.
Regarding the contact with other riders, I do not think those incidents affected my performance at all. I also believe that the battles with the other riders made the race more exciting for everyone who came to Sepang to watch.
I would like to express my sincere thanks to all my sponsors, especially ZK Racing, AEON Credit, my team, KBS, SIC and all the other sponsors. My appreciation also goes to all Malaysians who came to support me at the race today, as well as my family, the team and everyone who has continuously stood behind me.
Regarding Zulfahmi’s podium record at Sepang, I do not think he is too disappointed. Perhaps he is also happy with my performance. I certainly tried my best to finish on the podium today, but perhaps it was not meant to be this time. Insya-Allah, I will try again next year.
Yes, there are still three races remaining this season. I believe securing another podium or even a victory is still possible. I will continue fighting towards that goal and always strive to give my best in every race.”



🇲🇾 “Hakim Danish berjaya mengawal emosi dan mengekalkan prestasi dengan baik sepanjang minggu perlumbaan. Kita dapat melihat dia berada dalam kelompok kompetitif sejak sesi awal sehinggalah perlumbaan berlangsung.
Selepas melihat persembahannya, saya benar-benar yakin dia mampu bersaing untuk merebut podium. Sudah tentu kita mahukan podium, tetapi kali ini peluang itu terlepas kerana dia tidak berjaya memintas Carpe atau Veda.
Walau apa pun, saya sangat berbangga dengan persembahan Hakim Danish. Saya percaya semua yang hadir di Sepang hari ini turut berasa bangga dan menikmati aksi yang dipamerkannya.
Dari sudut prestasi, saya sangat berpuas hati. Sudah tentu kita mahukan podium, tetapi jika belum ada rezeki, kita terima. Apa yang penting, seluruh pasukan gembira dengan prestasinya dan Hakim Danish sendiri juga berpuas hati.
Sudah tentu keputusan podium lebih baik, tetapi kedudukan keempat ini juga sesuatu yang positif jika dibandingkan dengan prestasinya di Phillip Island tujuh hari lalu. Kali ini, dia sudah mampu bersaing untuk merebut podium.
Saya percaya perjalanan Hakim Danish masih panjang dan kita perlu terus memberikan sokongan kepadanya. Saya percaya sekarang ialah masa untuk kita memberikan tumpuan kepada setiap perlumbaan satu demi satu. Kita dapat melihat bahawa apabila terlalu memikirkan kejuaraan, tekanan itu turut dirasainya.
Saya percaya masih banyak ruang untuk dia dan pasukan memperbaiki prestasi supaya mampu tampil lebih konsisten dalam setiap perlumbaan. Danish perlu terus belajar dan saya yakin masih banyak perkara yang boleh ditingkatkan.”
🇬🇧 “Hakim Danish managed his emotions and performance very well throughout the race weekend. We could see that he was competitive from the very beginning and maintained that pace right through the race.
After watching his performance, I genuinely believe he had the potential to fight for a podium. Of course, a podium was what we wanted, but unfortunately, the opportunity slipped away as he was unable to overtake Carpe or Veda.
Nevertheless, I am extremely proud of Hakim Danish’s performance. I believe everyone who came to Sepang today shares that same feeling of pride and enjoyed the performance he delivered.
Overall, I am very satisfied. Naturally, we wanted a podium, but if it was not meant to be this time, we have to accept it. What matters most is that the entire team is happy with his performance, and Hakim Danish himself is also satisfied.
Of course, a podium finish would have been better, but fourth place is still a positive result, especially compared to his performance at Phillip Island just seven days ago. This time, he was genuinely able to fight for a podium position.
I believe Hakim Danish still has a long journey ahead, and we need to continue supporting him. I believe now is the time to focus on each race one at a time. We can see that when too much attention is placed on the championship, he also begins to feel the pressure.
I believe there is still plenty of room for both him and the team to improve and become more consistent in every race. Danish needs to keep learning, and I am confident there are still many areas where he can develop further.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD