RACE 1
🇲🇾 05 April 2025, Litar Jerez, Sepanyol – Cuaca yang begitu baik menyebelahi perlumbaan Race 1. Bermula dari petak ke-5, Qabil pantas mempamerkan aksi bertenaga untuk mendahului dan mengetuai perlumbaan sehingga ke lap terakhir. Pelumba #49, Izan Rodriguez, mengekori rapat sejak awal dan beberapa kali mencuba untuk memintas, namun Qabil kekal tenang mempertahankan kedudukan.
Pada lap terakhir di Selekoh 8, Izan akhirnya berjaya memintas Qabil. Namun, Qabil tidak berputus asa, beliau terus mengekori rapat sebelum melakukan aksi berani dengan memintas semula dari dalam selekoh terakhir dan memecut ke garisan penamat tanpa dapat dicabar oleh Izan.
RACE 2
🇲🇾 06 April 2025, Litar Jerez, Sepanyol – Qabil bermula di petak pertama bagi Race 2 dan mempamerkan prestasi yang sangat konsisten sejak awal perlumbaan. Sebaik sahaja lampu hijau dipadamkan, Qabil melakukan hole shot dan terus memimpin perlumbaan. Menjelang lap kedua, pelumba #49, Izan Rodriguez mula mengejar rapat dan persaingan sengit berlaku antara kedua-duanya dengan aksi pintas-memintas yang mendebarkan sepanjang perlumbaan. Lap terakhir menjadi detik paling mendebarkan apabila aksi saling memintas bermula seawal selekoh pertama.
Qabil berjaya melakukan overtake di selekoh kedua terakhir dan mula menjarakkan diri daripada Izan. Kali ini, tidak seperti Race 1, Qabil kelihatan tenang dan tidak tertekan ketika melalui selekoh terakhir, lalu melintasi garisan penamat dengan selesa. Pusingan ke-2 ESBK akan berlangsung pada 9 hingga 11 Mei di lokasi litar yang akan diumumkan kelak.
RACE 1
🇬🇧 05 April 2025, Circuit de Jerez, Sepanyol – Glorious weather provided perfect conditions for Race 1. Starting from 5th on the grid, Qabil wasted no time in showcasing a powerful performance, taking the lead and controlling the race up until the final lap. Rider #49, Izan Rodriguez, closely tailed him from the very beginning and made several attempts to overtake, but Qabil remained calm and composed in defending his position.
On the final lap at Turn 8, Izan finally managed to overtake Qabil. However, Qabil did not give up — he stayed right on Izan’s tail before making a bold move to reclaim the lead from the inside of the final corner, then charged to the finish line with Izan unable to respond.
RACE 2
🇬🇧 06 April 2025, Circuit de Jerez, Sepanyol – Qabil started from pole position in Race 2 and delivered a highly consistent performance right from the beginning. As soon as the lights went out, Qabil made the hole shot and immediately took the lead. By the second lap, rider #49, Izan Rodriguez, began to close in, setting the stage for an intense battle between the two, with thrilling overtakes exchanged throughout the race.
The final lap proved to be the most intense moment as the overtaking action began as early as the first corner. Qabil managed to reclaim the lead at the penultimate turn and started to pull away from Izan. This time, unlike in Race 1, Qabil appeared composed and unshaken through the final corner, crossing the finish line comfortably ahead.
Round 2 of the ESBK will take place from 9 to 11 May at a circuit to be announced soon.
RACE 1
|
RACE 2
|

🇲🇾 “Alhamdulillah, saya berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan. Dalam Race 1, saya memulakan perlumbaan dengan baik dan cuba untuk mencipta jarak, tetapi Izan sentiasa berada rapat di belakang saya. Saya cuba beri laluan untuk Izan mengambil alih, namun dia tetap kekal di belakang. Saya terus fokus dan push sehingga lap terakhir apabila Izan memintas saya di selekoh ke-8. Saya terus mengejar dan akhirnya berjaya memintas semula di selekoh terakhir untuk menamatkan perlumbaan di hadapan.
Untuk Race 2, saya tahu Izan adalah pencabar utama. Perlumbaan sangat sengit dengan aksi pintas-memintas antara kami berdua. Di lap terakhir, saya cuba untuk kekal di depan, tetapi Izan memberi tekanan dan berjaya memintas saya. Namun, saya tidak berputus asa dan akhirnya berjaya memintas semula di selekoh kedua terakhir. Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Belia & Sukan (KBS), PETRONAS Sepang International Circuit, Terengganu Inc, ZK Racing, RCB serta seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kejayaan saya.”
🇬🇧 “Alhamdulillah, I managed to win both races. In Race 1, I had a good start and tried to pull away, but Izan was always close behind. I attempted to let him take the lead, but he remained right on my tail. I stayed focused and kept pushing until the final lap, when Izan overtook me at Turn 8. I chased him down and successfully reclaimed the lead at the final corner to take the win.
In Race 2, I knew Izan would be my closest rival. It was an intense race with multiple overtakes between us. On the final lap, I pushed hard to stay in front, but Izan applied pressure and managed to overtake me. I didn’t give up and was able to pass him again at the second last corner. I would like to express my heartfelt thanks to the Ministry of Youth & Sports (KBS), PETRONAS Sepang International Circuit, Terengganu Inc, ZK Racing, RCB, and all Malaysians who have supported and prayed for me.”

🇲🇾 “Pada awalnya, kami memang meletakkan sasaran yang tinggi untuk Qabil, tetapi kami sendiri tidak pasti tahap pelumba-pelumba lain dalam kategori baharu ESBK Talent yang baru diperkenalkan tahun ini. Jadi saya ingin ucapkan tahniah kepada Qabil atas kejayaan ini, serta penghargaan kepada keluarganya yang sangat berdedikasi melatih Qabil di rumah, dan juga pasukan saya di Malaysia yang telah menyediakan jentera terbaik semasa sesi latihan di PETRONAS Sepang International Circuit. Persiapan ini telah meletakkan satu standard yang tinggi untuk Qabil bersaing di Eropah.
Saya sangat bangga dengan keputusan minggu ini, terutamanya apabila Qabil berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan. Saya percaya menjelang Round 2 nanti, ramai pelumba lain akan menunjukkan peningkatan hasil latihan yang lebih mantap. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk Kementerian Belia & Sukan (KBS), PETRONAS Sepang International Circuit, Terengganu Inc dan RCB yang sentiasa bersama kami.”
🇬🇧 “From the beginning, we set high expectations for Qabil, but we were unsure of the level of the other riders in the newly introduced ESBK Talent category this year. So I would like to congratulate Qabil on this achievement, and also express my appreciation to his family for their dedication in training him at home, as well as to my team in Malaysia who prepared the best possible machine for his training sessions at PETRONAS Sepang International Circuit. That preparation helped set a high standard for Qabil to compete in Europe.
I’m very proud of this week’s results, especially with Qabil winning both races. I believe that by Round 2, many other riders will show improvement through stronger preparation and training. A heartfelt thank you to everyone who played a part in making this programme a success — including the Ministry of Youth & Sports (KBS), PETRONAS Sepang International Circuit, Terengganu Inc, and RCB for their continued support.”

