🇲🇾 Setia Alam, Selangor | 30 April 2026 – Motobatt secara rasmi memeterai kerjasama strategik sebagai rakan teknikal bersama ZK Racing bagi memperkukuh pembangunan program Moto3 yang melibatkan pelumba negara, Hakim Danish Ramli, di samping menyokong kesinambungan program pembangunan akar umbi MotoMini Malaysia bagi musim 2026. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut telah berlangsung di pejabat urusan Motobatt yang bertempat di Setia Alam.
Kerjasama strategik ini dirangka sebagai inisiatif jangka panjang yang bukan sahaja melibatkan ZK Racing dan Hakim Danish, malah merangkumi pembangunan menyeluruh MotoMini Malaysia sebagai platform pembangunan bakat baharu. Ia turut membuka ruang kepada pelbagai inisiatif tambahan termasuk aktiviti pembangunan teknikal, pendedahan industri serta peluang kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa.
Manfred, Pengarah Urusan MC Accessories Sdn. Bhd, berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong sukan permotoran di semua peringkat, daripada inisiatif akar umbi hingga ke pentas antarabangsa.
“Kerjasama ini bersama ZK Racing membolehkan kami menyumbang kepada laluan yang lebih tersusun bagi pelumba muda, di samping menyokong program seperti Moto3 dan MotoMini Malaysia. Kami berharap dapat terus memperkukuh kehadiran kami dalam komuniti sukan permotoran serta menyokong prestasi dan pertumbuhan jangka panjang.”
Motobatt merupakan jenama global yang dikenali dalam penghasilan bateri berprestasi tinggi untuk motosikal, ATV serta pelbagai aplikasi kuasa lain. Dengan teknologi inovatif seperti reka bentuk empat terminal serta ketahanan yang tinggi, Motobatt telah menjadi pilihan dalam kalangan pengguna profesional dan komuniti sukan permotoran di seluruh dunia. Komitmen berterusan terhadap kualiti dan inovasi menjadikan Motobatt rakan strategik yang ideal dalam menyokong pembangunan sukan permotoran negara.
🇬🇧 Setia Alam, Selangor | 30 April 2026 – Motobatt has officially sealed a strategic partnership as a technical partner with ZK Racing to strengthen the Moto3 programme involving national rider, Hakim Danish Ramli, while also supporting the continuity of the MotoMini Malaysia grassroots development programme for the 2026 season. The Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony was held at Motobatt’s office in Setia Alam.
This strategic collaboration is designed as a long-term initiative that not only involves ZK Racing and Hakim Danish, but also encompasses the overall development of MotoMini Malaysia as a platform for nurturing new talent. It also opens up opportunities for various additional initiatives, including technical development activities, industry exposure, as well as collaboration prospects at both regional and international levels.
Manfred, Managing Director of MC Accessories Sdn. Bhd, said the partnership reflects the company’s commitment to supporting motorsport at all levels, from grassroots initiatives through to the international stage.
“This collaboration with ZK Racing allows us to contribute to a more structured pathway for young riders, while supporting programmes such as Moto3 and MotoMini Malaysia. We look forward to strengthening our presence within the motorsport community and supporting long-term performance and growth.”
Motobatt is a globally recognised brand in the production of high-performance batteries for motorcycles, ATVs and various other power applications. With innovative technology such as its four-terminal design and high durability, Motobatt has become a preferred choice among professional users and the motorsport community worldwide. Its continued commitment to quality and innovation makes Motobatt an ideal strategic partner in supporting the development of the national motorsport industry.

“Kerjasama bersama Motobatt merupakan satu langkah positif buat ZK Racing dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem pelumba dari peringkat akar umbi hingga ke pentas antarabangsa. Sokongan ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan kepada jentera latihan, malah memberi keyakinan kepada pelumba untuk fokus sepenuhnya di litar.
Pada masa sama, kerjasama ini turut memperkukuh program Moto3 melibatkan Hakim Danish dari sudut sokongan menyeluruh bagi memastikan beliau berada pada tahap terbaik sepanjang musim. Kami percaya kejayaan pelumba memerlukan sistem yang kukuh, rakan strategik yang tepat serta perancangan jangka panjang, dan kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah melahirkan lebih ramai pelumba Malaysia bertaraf dunia.”
🇬🇧 “This partnership with Motobatt represents a positive step forward for ZK Racing in strengthening the overall rider ecosystem, from grassroots level through to the international stage. This support not only enhances the reliability of our training machinery, but also gives riders the confidence to fully focus on their performance on track.
At the same time, the collaboration also strengthens the Moto3 programme involving Hakim Danish through comprehensive support, ensuring he remains at his best throughout the season. We believe that success in rider development requires a strong system, the right strategic partners, and clear long-term planning, and this partnership marks an important step towards producing more Malaysian riders capable of competing on the world stage.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD