🇲🇾 Brno, Czechia | 16 Jun 2026 – Hakim Danish Ramli bertekad untuk kembali mengutip mata kejuaraan pada Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Automotodrom Brno dari 19 hingga 21 Jun ini selepas nasib tidak menyebelahinya pada pusingan lalu di Hungary.Hakim Danish terpaksa menamatkan perlumbaan di GP Hungary lebih awal akibat dirempuh pelumba lain dari arah belakang.
Hakim Danish kini mengalihkan sepenuh tumpuan kepada cabaran di Brno yang dianggap sebagai medan terbaik untuk bangkit semula. Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mengakui banyak pengajaran diperoleh daripada perlumbaan di Balaton Park dan percaya pengalaman tersebut mampu membantunya tampil lebih matang serta bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Perlumbaan di Brno menawarkan cabaran berbeza dengan susun atur litar yang teknikal dan mencabar. Justeru, Hakim Danish bersama pasukannya mahu memanfaatkan setiap sesi latihan bebas untuk mendapatkan pelarasan terbaik jentera sebelum menghadapi sesi kelayakan dan perlumbaan utama pada Ahad nanti.
Dengan kutipan 48 mata setakat ini, Hakim Danish berazam menambah koleksi mata kejuaraan bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam carta keseluruhan Moto3 musim ini.
🇬🇧 Brno, Czechia | 16 June 2026 – Hakim Danish Ramli is determined to return to the points-scoring positions at the Czech Republic Grand Prix at the Automotodrom Brno from 19 to 21 June after misfortune struck during the previous round in Hungary. Hakim Danish was forced to retire from the Hungarian Grand Prix after being hit from behind by another rider.
The Malaysian youngster has now shifted his full focus to the challenge at Brno, which he sees as the perfect opportunity to bounce back. The AEON Credit-MT Helmets-MSi rider admitted that he learned a great deal from the race at Balaton Park and believes the experience will help him return stronger, more mature and better prepared for the challenges ahead.
The race at Brno presents a different challenge, with the circuit featuring a technical and demanding layout. As a result, Hakim Danish and his team are aiming to make the most of every free practice session in order to find the best possible bike set-up ahead of qualifying and Sunday’s main race.
Having accumulated 48 championship points so far this season, Hakim Danish is determined to add to his tally and strengthen his position in the overall Moto3 World Championship standings.

🇲🇾 “Persiapan saya menjelang perlumbaan di Brno berjalan dengan baik. Saya meneruskan program latihan seperti biasa di Sepanyol dan saya sangat teruja untuk berlumba di Brno buat kali pertama dalam karier perlumbaan saya.
Selepas perlumbaan di Balaton, kami mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Saya bersama pasukan telah bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dan saya berharap dapat mengaplikasikan segala pembelajaran serta penambahbaikan itu pada hujung minggu ini.
Fokus saya adalah untuk terus bekerja dari sesi FP1 dan membina keyakinan secara berperingkat dalam setiap sesi di litar. Brno merupakan litar baharu bagi saya, jadi antara keutamaan adalah memahami karakter litar secepat mungkin dan mendapatkan rentak yang baik. Daripada apa yang saya lihat, Brno adalah litar yang sangat menarik dengan susun atur yang mencabar. Saya benar-benar tidak sabar untuk turun ke trek dan menikmati pengalaman berlumba di sana.
Saya akan memberikan yang terbaik dalam setiap sesi dan berusaha mendapatkan keputusan terbaik yang mampu dicapai pada hujung minggu ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan, penaja dan semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.”
🇬🇧 “My preparations for the race at Brno have been going well. I have continued with my usual training programme in Spain and I am very excited to race at Brno for the first time in my career.
Following the race at Balaton Park, we identified several areas that needed improvement. Together with the team, we have worked hard to enhance our performance, and I hope to put everything we have learned and improved into practice this weekend.
My focus is to work hard from the very first free practice session and build my confidence progressively throughout each session on track. Brno is a new circuit for me, so one of my main priorities is to understand the characteristics of the track as quickly as possible and find a good rhythm. From what I have seen, Brno is a very exciting circuit with a challenging layout. I am really looking forward to getting out on track and enjoying the experience of racing there.
I will give my very best in every session and do everything I can to achieve the best possible result this weekend. I would also like to thank my team, sponsors and all the fans who continue to support me.”

🇲🇾 “Brno merupakan satu litar berkelajuan tinggi yang saya percaya lebih sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish. Walau bagaimanapun, Danish perlu cepat menyesuaikan diri dengan litar ini kerana susun atur litar ini tidak sama seperti Mugello mahupun Catalan. Litar ini juga mempunyai beberapa selekoh hard brake. Secara amnya, saya boleh katakan yang litar ini sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish.
Saya percaya persiapan selepas Balaton Park berjalan lancar. Hakim Danish berada di Barcelona untuk menjalani latihan bersama pelumba-pelumba lain. Baru-baru ini Hakim Danish berada di litar Albacete bersama-sama dengan Valentin Perrone dan Dani Holgado untuk menjalani sesi latihan bersama. Saya yakin perkara ini positif untuk perkembangan Hakim Danish sebab untuk menjadi pelumba lebih laju, Hakim Danish perlu berlatih bersama pelumba-pelumba yang laju.
Secara keseluruhan, saya percaya kehidupan Hakim Danish di Sepanyol semuanya bagus dan berjalan lancar. Saya harap ia dapat membantu perkembangan Hakim Danish di litar semasa Grand Prix.”
🇬🇧 “Brno is a high-speed circuit which I believe is better suited to Hakim Danish’s riding style. However, he will need to adapt quickly to the circuit because its layout is quite different from both Mugello and Catalunya. The track also features several heavy braking zones. Overall, I would say that this circuit suits Hakim Danish’s riding style.
I believe preparations since Balaton Park have gone smoothly. Hakim Danish has been in Barcelona training alongside other riders. More recently, he was at the Albacete Circuit training with Valentin Perrone and Dani Holgado. I am confident that this is a positive step in Hakim Danish’s development because, in order to become a faster rider, he needs to train alongside riders who are already competing at a very high level.
Overall, I believe Hakim Danish’s life in Spain is going well and everything is progressing smoothly. I hope this continues to support his development and helps him perform well on track during the Grand Prix weekend.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD