🇲🇾 Aragon, Sepanyol | 26 Ogos 2026 – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, melupakan kekecewaan di Silverstone dan kini bersedia menggalas misi kebangkitan pada Grand Prix (GP) Aragon, hujung minggu ini.
Hakim Danish terpaksa menamatkan perlumbaan GP Britain lebih awal selepas dilanggar pelumba lain sehingga menyebabkan dia terjatuh. Bagaimanapun, insiden tersebut tidak mematahkan semangat pelumba berusia 19 tahun itu, sebaliknya menjadi pembakar motivasi untuk bangkit dengan lebih kuat di Aragon.
Selepas GP Britain, Hakim Danish meningkatkan intensiti latihan serta melakukan beberapa penambahbaikan sebagai persediaan menghadapi pusingan seterusnya.
Aragon juga mempunyai memori manis buat pelumba kelahiran Terengganu itu apabila pernah menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan Ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup pada 2025. Bermula dari petak ketujuh, Hakim Danish melakukan kebangkitan sebelum memintas pesaing di beberapa selekoh terakhir untuk meraih kemenangan.
Kejayaan tersebut menamatkan kemarau kemenangannya dalam saingan Red Bull Rookies selepas lima kali muncul naib juara, sekali gus menjadikan Aragon antara litar yang cukup istimewa dalam kariernya.
Selepas 12 pusingan, Hakim Danish kini berada di tangga kelapan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan 86 mata, selain menduduki tempat ketiga dalam saingan Rookie of the Year. Dia hanya ketinggalan 11 mata di belakang pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang berada di tempat kedua dengan 97 mata, manakala Brian Uriarte menerajui saingan dengan 127 mata.
Dengan pengalaman pernah menakluki Aragon, Hakim Danish percaya kelebihan tersebut mampu memberikan keyakinan tambahan ketika turun ke litar untuk memburu keputusan lebih baik dan kembali mengutip mata selepas nasib tidak menyebelahi dirinya di Silverstone.
🇬🇧 Aragon, Spain | 26 August 2026 – National Moto3 rider Hakim Danish Ramli has put the disappointment of Silverstone behind him and is now ready to mount a comeback at the Aragon Grand Prix this weekend.
Hakim Danish was forced to retire from the British Grand Prix early after being hit by another rider, resulting in a crash. However, the incident has not dampened the 19-year-old’s spirit, instead serving as motivation to come back stronger in Aragon.
Following the British Grand Prix, Hakim Danish stepped up his training intensity and made several improvements as part of his preparations for the next round.
Aragon holds special memories for the Terengganu-born rider, having won Race 2 of Round 3 of the Red Bull MotoGP Rookies Cup in 2025. Starting from seventh on the grid, Hakim Danish produced a strong comeback before overtaking his rivals through the final corners to secure victory.
The victory ended his wait for a win in the Red Bull Rookies series after five runner-up finishes, making Aragon one of the most special circuits in his career.
After 12 rounds, Hakim Danish currently sits eighth in the Moto3 World Championship standings with 86 points and is third in the Rookie of the Year classification. He is just 11 points behind Indonesian rider Veda Pratama, who sits second with 97 points, while Brian Uriarte leads the standings with 127 points.
With his previous success at Aragon, Hakim Danish believes the experience will provide an added confidence boost as he looks to fight for a stronger result and return to the points after an unfortunate weekend at Silverstone.

🇲🇾 “Selepas tamat perlumbaan di GP Britain, saya membuat kajian semula terhadap kelemahan saya dan melakukan beberapa penambahbaikan dalam latihan.
Saya juga mengkaji perlumbaan Red Bull Rookies di Aragon sebagai persediaan untuk minggu ini. Saya sudah berlatih dengan lebih keras dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.
Saya datang dengan keyakinan dan bersedia untuk bersaing. Saya tahu kedudukan saya sekarang dan masih banyak mata yang boleh dikutip. Saya juga pernah menang di Aragon sebelum ini dan pengalaman itu pastinya memberikan keyakinan tambahan kepada saya.
Saya mahu gunakan pengalaman tersebut, selain segala persiapan yang sudah dilakukan, untuk kembali lebih kuat di Aragon. Saya akan memberikan yang terbaik dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan keputusan positif,”
🇬🇧 “After the British Grand Prix, I reviewed the areas where I needed to improve and made several adjustments during training.
I also studied my Red Bull Rookies race at Aragon as part of my preparation for this weekend. I have trained harder and I am ready to give my best.
I come into this round with confidence and I am ready to compete. I know where I currently stand in the championship, and there are still plenty of points available. I have also won at Aragon before, and that experience will certainly give me additional confidence.
I want to use that experience, together with all the preparation I have done, to come back stronger in Aragon. I will give everything I have and fight all the way to achieve a positive result.”

🇲🇾 “Perlumbaan di Aragon sememangnya antara perlumbaan yang kita nantikan. Saya percaya litar ini sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish dan dia juga mempunyai rekod yang baik di sini menerusi saingan sebelum ini, khususnya Red Bull Rookies Cup.
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada Hakim serta keadaan cuaca sepanjang minggu perlumbaan. Seperti yang kita tahu, Aragon merupakan antara litar yang agak sukar dijangka, dengan keadaan seperti angin kuat dan hujan lebat yang boleh berubah pada bila-bila masa.
Saya berharap cuaca minggu ini kekal stabil supaya Hakim dapat menjalani sesi latihan dengan baik dan berada di Q2. Itu sudah semestinya penting untuk membolehkan dia bersaing dalam kelompok hadapan pada perlumbaan minggu ini.
Sepanjang tempoh rehat, saya juga sudah membuat persiapan bersama Hakim bagi menghadapi perlumbaan ini. Kami akan cuba memberikan yang terbaik dan memastikan segala persiapan dilakukan sebaik mungkin.”
🇬🇧 “Aragon is certainly a race that we have been looking forward to. I believe the circuit suits Hakim Danish’s riding style, and he has also enjoyed a lot of success there in previous seasons, particularly in the Red Bull Rookies Cup.
However, everything will ultimately depend on Hakim’s feeling on the bike and the weather conditions throughout the weekend. As we know, Aragon can be quite unpredictable, with strong winds and heavy rain sometimes making conditions challenging.
Hopefully, the weather remains stable and Hakim can have a strong practice session and secure a place in Q2. That will be crucial for him to be able to fight at the front of the field this weekend.
During the break, I have been working closely with Hakim to make the necessary preparations for this race, and we are ready to give our best in Aragon.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD