It's Race Week for Moto4 Asia Cup in Japan!🇯🇵
Pelumba-pelumba muda negara kini bersedia menghadapi Pusingan Ke-3 Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup di Mobility Resort Motegi, Jepun hujung minggu ini.
Qayyim Razin menjadi antara tumpuan selepas mencatat kemenangan berganda di Sepang, sekali gus mengutip 50 mata dan kini berada di tempat ke-4 keseluruhan kejuaraan.
Sementara itu, Qabil Irfan yang berada di tempat ke-3 dengan 62 mata masih menanti kelulusan pemeriksaan kecergasan sebelum dapat kembali beraksi selepas mengalami kecederaan kaki.
Qabil telah melengkapkan empat sesi latihan sebagai persediaan untuk kembali berlumba.
Muhammad Naqib Rifqi pula hadir dengan persiapan fizikal yang lebih rapi bagi meningkatkan prestasinya di Motegi.
Ketiga-tiga pelumba negara diharap mampu memberikan aksi terbaik dan mengutip mata penting dalam meneruskan kempen musim ini.
#SICRacing #ZKRacing #Moto4AsiaCup #RoadToMotoGP

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD