HUJUNG MINGGU BERLIKU BUAT PASUKAN MOTO4 NEGARA DI MOTEGI, JEPUN

🇲🇾 Motegi, Jepun | 6 Oktober 2026 – Pelumba muda negara mengharungi ujian paling getir pada Pusingan Ketiga Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup di Mobility Resort Motegi, Jepun selepas dihimpit siri kemalangan, masalah teknikal dan kecederaan sepanjang hujung minggu lalu.

Cabaran bermula pada sesi kelayakan apabila Qayyim Razin mengalami kemalangan dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Insiden tersebut menyebabkannya terlepas Perlumbaan 1 yang berlangsung pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Qabil Irfan, turut tidak dapat meneruskan saingan selepas disahkan tidak cergas untuk beraksi oleh panel perubatan perlumbaan susulan kecederaan kaki yang masih belum pulih sepenuhnya.

Qabil juga disahkan tidak dapat menyertai pusingan seterusnya di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Indonesia, yang akan berlangsung pada hujung minggu ini bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.

Situasi tersebut menyaksikan Muhammad Naqib Rifqi menjadi wakil tunggal negara dalam Perlumbaan 1 apabila memulakan perlumbaan dari petak ke-13.

Bagaimanapun, perlumbaan Naqib tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila dia terjatuh pada peringkat awal saingan ketika sedang memberikan tentangan sengit dalam kelompok hadapan.

Perlumbaan 1 akhirnya dimenangi pelumba tuan rumah, Hayato Chishiki.

Memasuki saingan Perlumbaan 2 pada Ahad, pasukan negara kembali bersemangat apabila Qayyim diberi lampu hijau oleh doktor perlumbaan untuk terus beraksi.

Namun begitu, cabaran sekali lagi hadir apabila jentera Qayyim mengalami masalah teknikal seawal pusingan ketiga, memaksanya menamatkan perlumbaan lebih awal.

Naqib sebaliknya bangkit daripada kekecewaan Perlumbaan 1 dengan mempamerkan tunggangan lebih konsisten dalam Perlumbaan 2. Naqib berjaya mengekalkan rentak sepanjang perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan kesembilan (P9) selepas 12 pusingan.

Keputusan tersebut membolehkan Naqib membawa pulang tujuh mata berharga buat Malaysia dalam perlumbaan yang dimenangi pelumba Jepun, Haruki Matsuyama.

Bagi ZK Racing, keputusan di Motegi sememangnya hadir dalam keadaan yang mencabar, namun prestasi Naqib pada Perlumbaan 2 memberikan satu perkembangan positif buat pasukan selepas berdepan pelbagai kesukaran sepanjang hujung minggu.

ZK Racing akan terus memberikan sokongan penuh kepada kesemua pelumba bagi memastikan persiapan terbaik dapat dilakukan menjelang aksi di Litar Mandalika, dengan aspek pemulihan fizikal, pemeriksaan jentera dan persediaan pasukan menjadi antara fokus utama.

Rebut peluang mendapatkan tiket MalaysianGP untuk menyaksikan aksi pelumba negara di pentas perlumbaan tanah air.

Dapatkan tiket MalaysianGP sekarang di :
https://www.sepangcircuit.com/events/petronas-grand-prix-of-malaysia-2026-overview.html.

 


 

🇬🇧 Motegi, Japan | 06 October 2026 – The young Malaysian riders endured one of their toughest challenges of the season at Round 3 of the Idemitsu Moto4 Asia Cup at Mobility Resort Motegi, Japan, after a weekend affected by a series of crashes, technical issues and injuries.

The challenges began during qualifying when Qayyim Razin Razali suffered a crash and was taken to hospital for further medical examination. The incident forced him to miss Race 1 on Saturday.

Meanwhile, Qabil Irfan Azlan was also ruled unfit to compete by the race medical panel due to a leg injury that had not fully recovered.

Qabil has also been confirmed to miss the next round at Pertamina Mandalika International Circuit, Indonesia, this weekend as he focuses fully on his recovery.

This left Muhammad Naqib Rifqi as Malaysia’s sole representative in Race 1, starting from 13th on the grid.

However, Naqib’s race did not go as planned as he crashed in the early stages while battling strongly within the leading group.

Race 1 was eventually won by home rider Hayato Chishiki.

Heading into Race 2 on Sunday, the Malaysian camp received a boost when Qayyim was given the green light by the race doctor to compete.

However, further misfortune struck when Qayyim’s bike developed a technical issue as early as the third lap, forcing him to retire from the race.

Naqib, meanwhile, bounced back strongly from the disappointment of Race 1 with a more consistent performance in Race 2. He maintained his pace throughout the race before crossing the finish line in ninth place (P9) after 12 laps.

The result earned Naqib seven valuable points for Malaysia in a race won by Japanese rider Haruki Matsuyama.

For ZK Racing, the result at Motegi came under challenging circumstances. However, Naqib’s Race 2 performance provided a positive takeaway for the team after a difficult weekend.

ZK Racing will continue to provide full support to all its riders as the team prepares for the next round at Pertamina Mandalika International Circuit, with rider recovery, machine checks and overall preparation among the key priorities.

Don’t miss the opportunity to get your MalaysianGP tickets and witness our Malaysian riders in action on home soil.

Get your MalaysianGP tickets now at:
https://www.sepangcircuit.com/events/petronas-grand-prix-of-malaysia-2026-overview.html.

 


 

🇲🇾 “Sudah tentu ini bukan keputusan yang saya harapkan selepas kejayaan di Sepang. Kemalangan sewaktu sesi kelayakan agak teruk sehingga saya terpaksa dibawa ke hospital dan terlepas Perlumbaan 1.

Apabila doktor mengesahkan saya cergas untuk Perlumbaan 2, saya sangat bermotivasi untuk memberikan sehabis baik. Sayangnya, jentera mengalami masalah teknikal dan saya terpaksa masuk ke pit.

Rasa kecewa itu ada, tetapi saya perlu terima hakikat bahawa ini adalah sebahagian daripada perlumbaan. Fokus saya sekarang adalah berehat, memulihkan stamina dan kembali bangkit lebih kuat.”

🇬🇧 “Of course, this is not the result I was hoping for after my success in Sepang. The crash during qualifying was quite serious, and I had to be taken to the hospital for further examination, which meant I missed Race 1.

When the doctor cleared me to compete in Race 2, I was highly motivated to give it my all. Unfortunately, the bike developed a technical issue, and I had to return to the pits.

I am definitely disappointed, but I have to accept that this is part of racing. My focus now is to get some rest, recover my stamina and come back stronger.”

 


 

🇲🇾 “Hujung minggu di Motegi ini sememangnya amat mencabar buat kami semua. Pada Perlumbaan 1, saya berada dalam rentak yang baik dan cuba untuk membawa pulang mata, namun nasib tidak menyebelahi saya apabila terjatuh pada awal saingan.

Saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong, jadi untuk Perlumbaan 2 saya cuba kekal tenang dan fokus mengutip mata. Walaupun berdepan tentangan sengit daripada pelumba-pelumba tuan rumah, saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Banyak pengalaman berguna yang saya peroleh di litar ini dan saya akan bekerja lebih keras untuk pusingan seterusnya.”

🇬🇧 “This weekend at Motegi has certainly been a very challenging one for all of us. In Race 1, I was in a good rhythm and trying to bring home some points, but unfortunately, I crashed early in the race.

I didn’t want to leave Motegi empty-handed, so for Race 2, I tried to stay calm and focused on scoring points. Despite facing strong competition from the home riders, I’m grateful to have finished the race in ninth.

I gained a lot of valuable experience at this circuit, and I will work even harder for the next round.”

 


 

 


 

🇲🇾 “Perlumbaan di Motegi, Jepun adalah satu keputusan yang tidak kita jangkakan kerana saya percaya pelumba yang kita bawa ini mampu membawa pulang mata ke tanah air. Motegi membuktikan betapa sukarnya sukan permotoran apabila pelbagai dugaan datang serentak.

Qayyim pula berdepan detik cemas sewaktu sesi kelayakan dan walaupun dia menunjukkan semangat juang tinggi untuk turun pada Perlumbaan 2, masalah teknikal pula meragut peluangnya.

Pujian harus diberikan kepada Naqib yang tidak berputus asa selepas terjatuh di Perlumbaan 1 untuk bangkit menyumbang mata di Perlumbaan 2. Ini adalah proses kematangan yang amat bernilai buat pelumba-pelumba muda kita. Kami akan menilai semula semua data dan memastikan persiapan lebih mantap dilakukan menjelang pusingan akan datang.”

🇬🇧 “The result in Motegi, Japan was certainly not what we expected, as I believe the riders we brought here had the potential to bring home points for Malaysia. Motegi showed just how challenging motorsport can be when multiple setbacks come at the same time.

Qayyim went through a worrying moment during qualifying, and despite showing great determination to compete in Race 2, a technical issue unfortunately took away his opportunity.

Credit must also be given to Naqib, who refused to give up after crashing in Race 1 and bounced back to score points in Race 2. This is a valuable part of the development and maturation process for our young riders.

We will review all the data and make sure we are better prepared for the next round.”

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Latest News
HAKIM DANISH PAMER KEBANGKITAN DI GP INDONESIA, KUTIP DUA MATA BERHARGA
🇲🇾 Lombok, Indonesia | 11 Oktober 2026 – Hakim Danish…
MISI KEBANGKITAN PELUMBA MOTO4 NEGARA DI MANDALIKA
🇲🇾 Lombok, Indonesia | 07 Oktober 2026 – Selepas mengharungi…
HAKIM DANISH MAHU LUPAKAN EPISOD DUKA DI JEPUN, SEDIA BANGKIT DI INDONESIA
🇲🇾 LOMBOK, Indonesia | 6 Oktober 2026 – Hakim Danish…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia