🇲🇾 Valencia, Sepanyol | 02 September 2026 – ZK Racing kembali memberi fokus kepada saingan Moto4 European Cup apabila pelumba muda negara, Qabil Irfan, bakal turun beraksi pada Pusingan 5 yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Cheste, Sepanyol, dari 4 hingga 6 September ini.
Qabil, yang mewakili SIC-GRYD Racing, kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan kutipan 61 mata selepas empat pusingan.
Selepas mengharungi pusingan yang mencabar di Magny-Cours, Perancis, pada Julai lalu, Qabil hadir ke Ricardo Tormo dengan persediaan dan momentum yang lebih baik.
Pada pusingan di Magny-Cours, Qabil menunjukkan prestasi kompetitif apabila berjaya bangkit daripada petak ke-22 untuk menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-8. Dalam Perlumbaan 2 pula, Qabil sekali lagi bermula dari kelompok belakang di petak ke-23 sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.
Sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi saingan Eropah, Qabil turut meneruskan program perlumbaan dan latihan menerusi Idemitsu Moto4 Asia Cup.
Penyertaan dalam kejohanan tersebut memberi peluang kepada Qabil untuk mengekalkan momentum perlumbaan serta melakukan penambahbaikan terhadap aspek tunggangan dan perlumbaan secara konsisten.
Pada Pusingan 2 Idemitsu Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada Ogos lalu, Qabil mencatat keputusan positif apabila berjaya meraih dua podium selepas menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga.
Keputusan tersebut turut menyaksikan Qabil kini berada di tangga ketiga keseluruhan Idemitsu Moto4 Asia Cup dengan 62 mata selepas dua pusingan.
Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, berkata penyertaan Qabil dalam Idemitsu Moto4 Asia Cup merupakan sebahagian daripada persiapan penting bagi memastikan pelumba itu kekal kompetitif sebelum kembali beraksi dalam saingan Moto4 European Cup.
“Penyertaan dalam Moto4 Asia Cup sangat penting untuk Qabil kerana dia dapat terus berlumba dan mengekalkan race rhythm sepanjang tempoh antara pusingan European Cup.
“Sekarang fokus kami adalah untuk memastikan dia dapat membawa momentum tersebut ke Ricardo Tormo dan memberikan prestasi terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan,” katanya.
ZK Racing akan terus memberikan sokongan kepada Qabil sepanjang persiapan dan saingan Pusingan 5 Moto4 European Cup, dengan fokus untuk memastikan pelumba muda negara itu dapat terus berkembang serta bersaing secara konsisten di pentas Eropah.
🇬🇧 Valencia, Spain | 2 September 2026 – ZK Racing once again turns its focus to the Moto4 European Cup as Malaysian youngster Qabil Irfan prepares to compete in Round 5, which will take place at the Ricardo Tormo Circuit in Cheste, Spain, from 4 to 6 September.
Qabil, who represents SIC-GRYD Racing, currently sits sixth overall with 61 points after four rounds.
Following a challenging round at Magny-Cours, France, in July, Qabil heads to Ricardo Tormo with better preparation and stronger momentum.
At the Magny-Cours round, Qabil showed competitive pace as he fought back from 22nd on the grid to finish eighth in Race 1. In Race 2, Qabil again started from the back of the grid in 23rd before finishing the race in 14th position.
As part of his preparations for the European campaign, Qabil has also continued his racing and training programme through the Idemitsu Moto4 Asia Cup.
Taking part in the championship has given Qabil the opportunity to maintain his race momentum while continuing to make consistent improvements in his riding and racecraft.
At Round 2 of the Idemitsu Moto4 Asia Cup at the Sepang International Circuit in August, Qabil recorded a positive result by securing two podium finishes after completing both races in third place.
The result also saw Qabil move up to third overall in the Idemitsu Moto4 Asia Cup standings with 62 points after two rounds.
SIC Racing Team Manager, Zulfahmi Khairuddin, said Qabil’s participation in the Idemitsu Moto4 Asia Cup was an important part of his preparations to ensure the rider remains competitive before returning to the Moto4 European Cup.
“Competing in the Moto4 Asia Cup is very important for Qabil as it allows him to continue racing and maintain his race rhythm throughout the period between European Cup rounds.
“Now our focus is to ensure that he can carry that momentum into Ricardo Tormo and deliver his best performance throughout the race weekend,” he said.
ZK Racing will continue to support Qabil throughout his preparations and during Round 5 of the Moto4 European Cup, with a focus on ensuring the young Malaysian rider continues to develop and compete consistently on the European stage.

🇲🇾 “Ricardo Tormo adalah satu perlumbaan penting buat saya kerana saya tidak berlumba di litar ini pada tahun lepas. Jadi, saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat dan cuba mendapatkan rentak terbaik bermula daripada sesi latihan bebas pertama.
Saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada litar dan cuba memperbaiki catatan masa pada setiap sesi. Persaingan di Moto4 European Cup sangat sengit, jadi saya perlu memastikan jurang masa dengan pelumba di hadapan tidak terlalu besar. Sasaran saya adalah untuk bersaing dalam kelompok hadapan dan mendapatkan keputusan terbaik pada perlumbaan minggu ini.”
🇬🇧 “Ricardo Tormo is an important race for me because I did not race at this circuit last year. So, I need to adapt quickly and try to find the best rhythm from the first free practice session.
I will focus fully on the circuit and try to improve my lap times in every session. The competition in the Moto4 European Cup is very intense, so I need to make sure the time gap to the riders ahead is not too large. My target is to compete in the front group and achieve the best possible result this race weekend.”

🇲🇾 “Minggu ini adalah satu perlumbaan yang penting buat Qabil di Moto4 European Cup. Qabil tidak berlumba di Ricardo Tormo tahun lepas dan sedikit sebanyak mempunyai pengalaman yang agak terhad di litar ini.
Saya berharap Qabil dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berada pada kedudukan yang kompetitif bermula daripada sesi FP1. Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan pada jentera Qabil menjelang perlumbaan di Ricardo Tormo ini.
Kami berharap ada kemajuan dan dapat melihat Qabil bersaing dalam kelompok hadapan pada perlumbaan minggu ini.”
🇬🇧 “This week’s race is an important one for Qabil in the Moto4 European Cup. Qabil did not race at Ricardo Tormo last year and, to some extent, has limited experience at this circuit.
I hope Qabil can adapt quickly and be in a competitive position from FP1 onwards. We have made several improvements to Qabil’s machine ahead of this race at Ricardo Tormo.
We hope to see progress and for Qabil to compete in the front group this race weekend.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD