“Qabil Unfit To Race”
Selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan X-Ray bersama pegawai perubatan di Motegi, Jepun, Qabil disahkan “Unfit To Race” dan tidak dibenarkan menyertai dua perlumbaan Moto4 Asia Cup di Jepun dan Indonesia.
Sejak kemalangan yang menimpa Qabil di Valencia, pihak ZK Racing bersama Qabil telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan proses pemulihan berjalan sebaik mungkin dan Qabil dapat kembali ke litar dalam keadaan yang optimum.
Namun, selepas pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pihak penganjur, Qabil tidak dibenarkan untuk berlumba bagi kedua-dua pusingan tersebut.
Walaupun keputusan ini bukan sesuatu yang kami harapkan, keselamatan dan kesihatan Qabil sentiasa menjadi keutamaan. Semoga ada hikmah di sebaliknya dan kami bersama-sama mendoakan agar Qabil diberikan kesembuhan sepenuhnya serta dapat kembali ke litar dengan lebih kuat.
#ZKRacing #SICRacing #Q4 #Moto4AsiaCup

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD