
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – ZK Racing terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri permotoran antarabangsa selepas berjaya mengendalikan operasi bagi Ohvale Guangzhou Supercup China dan MotoMini China, sekali gus menerima penghargaan serta pengiktirafan daripada pihak Guangzhou Conghua International Circuit (GCIC) dan Ohvale Headquarters, Italy.
Kejayaan tersebut menjadi pencapaian penting buat ZK Racing dalam membawa kepakaran serta tenaga kerja Malaysia ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam pengurusan dan operasi acara perlumbaan berskala besar.
MotoMini China merupakan siri perlumbaan yang berlangsung sebanyak lima pusingan sepanjang musim 2026, manakala Ohvale Guangzhou Supercup 2026 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelumba dari serata dunia.
Bagi Ohvale Guangzhou Supercup 2026, ZK Racing menggerakkan 24 kru dari Malaysia dan berada di China hampir tiga minggu sebelum acara bagi melaksanakan persiapan serta penyelarasan operasi. Acara tersebut menghimpunkan 110 pelumba dari 34 negara dan wilayah.
Skop kerja ZK Racing merangkumi empat bidang utama iaitu Pengurusan Operasi Acara, Pengurusan Operasi Perlumbaan, Pengurusan Operasi Teknikal dan Pengurusan Media Rasmi. Kesemua bidang tersebut diselaraskan bersama pihak GCIC, Ohvale Headquarters dan pihak berkaitan bagi memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sistem pengurusan operasi yang diaplikasikan di China merupakan hasil daripada sistem kerja yang telah dibangunkan dan diperkemaskan oleh ZK Racing di Malaysia selama lebih enam tahun di MotoMini Malaysia. Pengalaman tersebut menjadi asas kepada pembentukan struktur kerja yang sistematik, merangkumi operasi acara, operasi perlumbaan, operasi teknikal dan media rasmi serta penglibatan Steward dari Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) untuk menyelaras keselamatan semasa acara sedang berlangsung yang kemudiannya disesuaikan untuk memenuhi keperluan perlumbaan di peringkat antarabangsa.
Bagi MotoMini China pula, ZK Racing menggerakkan lapan kru dari Malaysia bagi melaksanakan persiapan dan penyelarasan operasi untuk siri perlumbaan tersebut. Penganjuran MotoMini China tahun ini menerima penyertaan lebih daripada 50 peserta, dengan beberapa pusingan musim 2026 berlangsung di GCIC.
Penglibatan dalam kedua-dua projek ini memberikan peluang kepada kru ZK Racing untuk mengembangkan pengalaman dalam pengurusan perlumbaan antarabangsa, selain membuktikan keupayaan tenaga kerja Malaysia untuk mengendalikan operasi di luar negara pada skala yang besar.
Bagi ZK Racing, penghargaan daripada pihak GCIC dan Ohvale Headquarters mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan pasukan dalam menguruskan pelbagai aspek operasi perlumbaan serta menjadi motivasi untuk terus memperluaskan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Pengarah ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berkata kejayaan di China merupakan hasil komitmen seluruh pasukan serta kepercayaan yang diberikan oleh pihak GCIC dan Ohvale Headquarters.
“Bagi kami, projek di China bukan sekadar tentang menjalankan perlumbaan. Ia adalah peluang untuk membuktikan bahawa pasukan dari Malaysia mampu mengendalikan operasi perlumbaan di peringkat antarabangsa dengan standard yang tinggi.
“Saya percaya ramai pelumba dari China mendapat manfaat daripada kestabilan serta sistem pengurusan yang dibawa oleh ZK Racing. Saya juga yakin lebih ramai bakat muda berpotensi akan dapat diketengahkan dan dilahirkan melalui MotoMini China dan Ohvale Guangzhou Supercup,” katanya.
Menurut Zulfahmi, pengalaman tersebut membuktikan kemampuan kru Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan operasi perlumbaan antarabangsa serta melaksanakan tanggungjawab dalam persekitaran yang mencabar.
“Setiap projek mempunyai cabaran dan keperluan yang berbeza. Apa yang penting ialah kemampuan pasukan untuk menyesuaikan sistem kerja, berkomunikasi dengan semua pihak dan memastikan setiap bahagian bergerak mengikut perancangan.
“Pengalaman ini memberikan keyakinan kepada kami bahawa ZK Racing mempunyai kemampuan untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar dalam projek-projek antarabangsa pada masa akan datang,” katanya.
ZK Racing ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Ohvale serta Guangzhou Conghua International Circuit (GCIC) atas kepercayaan yang diberikan kepada ZK Racing untuk bersama-sama menjayakan penganjuran MotoMini China dan Ohvale Guangzhou Supercup 2026.
Kerjasama antara ZK Racing dan GCIC pada tahun ini merangkumi sokongan dari aspek teknikal, pengurusan perlumbaan serta pengurusan media, dan telah berjalan dengan lancar sepanjang acara berlangsung.
Penganjuran MotoMini China tahun ini menerima penyertaan lebih daripada 50 peserta, manakala Ohvale Guangzhou Supercup 2026 mencatatkan penyertaan seramai 110 pelumba dari 34 negara dan wilayah. Penyertaan antarabangsa yang memberangsangkan ini sekali gus membuktikan perkembangan positif serta daya tarikan yang semakin meningkat terhadap perlumbaan mini motosikal di peringkat global.
Kejayaan penganjuran ini merupakan hasil kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat. ZK Racing amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan berharap kerjasama bersama Ohvale dan GCIC dapat terus diperkukuhkan bagi menghadapi penganjuran pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR, 27 August 2026 – ZK Racing continues to strengthen its position in the international motorsport industry following its successful management of operations for the Ohvale Guangzhou Supercup China and MotoMini China, earning appreciation and recognition from Guangzhou Conghua International Circuit (GCIC) and Ohvale Headquarters, Italy.
The achievement marks an important milestone for ZK Racing in bringing Malaysian expertise and personnel to the international stage, particularly in the management and operation of large-scale racing events.
MotoMini China is a racing series held over five rounds throughout the 2026 season, while the Ohvale Guangzhou Supercup 2026 is an annual event that brings together riders from around the world.
For the Ohvale Guangzhou Supercup 2026, ZK Racing deployed 24 crew members from Malaysia and was based in China for almost three weeks prior to the event to carry out preparations and operational coordination. The event brought together 110 riders from 34 countries and territories.
ZK Racing’s scope of work covered four key areas: Event Operations Management, Race Operations Management, Technical Operations Management and Official Media Management. All four areas were coordinated closely with GCIC, Ohvale Headquarters and the relevant parties to ensure the smooth running of the event.
The operational management system implemented in China was based on a working system developed and refined by ZK Racing in Malaysia over more than six years through MotoMini Malaysia. This experience formed the foundation for a systematic operational structure covering event operations, race operations, technical operations and official media, together with the involvement of Stewards from the Malaysian Automobile and Motorsport Association (MAM) to coordinate and strengthen race safety throughout the event. The system was subsequently adapted to meet the requirements of international-level racing.
For MotoMini China, ZK Racing deployed eight crew members from Malaysia to carry out preparations and operational coordination for the racing series. This year’s MotoMini China attracted more than 50 participants, with several rounds of the 2026 season held at GCIC.
The involvement in both projects provided ZK Racing’s crew with valuable experience in managing international racing operations, while also demonstrating the capability of Malaysian personnel to manage large-scale operations overseas.
For ZK Racing, the recognition from GCIC and Ohvale Headquarters reflects the confidence placed in the team’s ability to manage various aspects of racing operations, while providing further motivation to expand its international partnerships.
ZK Racing Director, Zulfahmi Khairuddin, said the success in China was the result of the commitment of the entire team, together with the trust placed in ZK Racing by GCIC and Ohvale Headquarters.
“For us, the projects in China were not simply about running races. They provided an opportunity to demonstrate that a team from Malaysia is capable of managing international racing operations to a high standard.
“I believe many riders in China have benefited from the stability and management system brought by ZK Racing. I am also confident that more promising young talent can be developed and nurtured through MotoMini China and the Ohvale Guangzhou Supercup,” he said.
According to Zulfahmi, the experience also demonstrated the ability of Malaysian crew members to adapt to the requirements of international racing operations and carry out their responsibilities in a challenging environment.
“Every project comes with different challenges and requirements. What matters is the team’s ability to adapt its working system, communicate with all parties and ensure that every department operates according to plan.
“This experience gives us the confidence that ZK Racing has the capability to take on greater responsibilities in international projects in the future,” he said.
ZK Racing would like to extend its highest appreciation and gratitude to Ohvale and Guangzhou Conghua International Circuit (GCIC) for the trust placed in ZK Racing to work together in delivering MotoMini China and the Ohvale Guangzhou Supercup 2026.
The collaboration between ZK Racing and GCIC this year covered technical support, race management and media management, and was carried out smoothly throughout the events.
This year’s MotoMini China attracted more than 50 participants, while the Ohvale Guangzhou Supercup 2026 recorded 110 riders from 34 countries and territories. The strong international participation reflects the positive development and growing appeal of mini motorcycle racing on the global stage.
The success of both events was the result of close collaboration between all parties involved. ZK Racing is proud to have been part of this journey and hopes to further strengthen its partnership with Ohvale and GCIC for future events.


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD